Kontroversi Kekasih Gelap: Ibu Bella Astillah Dakwa Anaknya Tak Tahu, Masih Sibuk Dengan Penggambaran

Sarah Yasmine Mendakwa Hubungan dengan Aliff Aziz Sejak Januari
Sarah Yasmine Mendakwa Hubungan dengan Aliff Aziz Sejak Januari

Ibu kepada pelakon terkenal Bella Astillah, Siti Zarina Astillah, menegaskan bahawa anaknya tidak tahu mengenai kontroversi melibatkan seorang wanita bernama Sarah Yasmine, yang mendakwa dirinya sebagai kekasih gelap Aliff Aziz.

Menurut laporan dari sebuah portal hiburan, Bella masih sibuk dengan jadual penggambaran dan tidak mempunyai pengetahuan mengenai pendedahan yang dilakukan oleh Sarah Yasmine pada pagi itu.

“Isu apa itu? Bella tidak tahu apa-apa tentang itu (pendedahan kekasih Aliff Aziz). Dia tengah shooting,” jelas Siti Zarina.

Artikel berkaitan : Selepas Tular Dakwaan Kekasih Gelap, Netizen Cari Ibu Aliff Aziz – ‘IG Maknya Hilang…

Artikel berkaitan : Bella Astillah: Luahan Mendalam ‘Perempuan Kalau Cinta, Cinta Mati’”

Baru-baru ini, Sarah Yasmine, seorang wanita dari Singapura, mendakwa bahawa dia telah menjalin hubungan cinta dengan Aliff Aziz sejak Januari lalu. Pendedahan itu dibuat selepas Aliff Aziz dikritik hebat susulan penangkapannya atas tuduhan berkhalwat dengan pelakon Ruhainies pada bulan Mac.

Sarah Yasmine juga mendakwa bahawa Ruhainies didakwa telah menghasut Aliff untuk menjatuhkan Bella, dan dia mengatakan bahawa mempunyai bukti untuk menyokong tuduhannya terhadap perancangan yang dilakukan oleh pelakon terbabit.

Kontroversi ini telah menimbulkan kekecohan dalam industri hiburan, sementara Bella Astillah masih terus menjalani penggambaran tanpa pengetahuan tentang isu ini.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*