Selepas Tular Dakwaan Kekasih Gelap, Netizen Cari Ibu Aliff Aziz – ‘IG Maknya Hilang…

Netizen mencari ibu Aliff selepas pendedahan Sarah Yasmine dalam kontroversi hubungan
Netizen mencari ibu Aliff selepas pendedahan Sarah Yasmine dalam kontroversi hubungan

Kontroversi mengenai seorang wanita bernama Sarah Yasmine yang mendakwa menjadi kekasih gelap kepada penyanyi Aliff Aziz telah menjadi perbualan hangat di media sosial.

Netizen kini sedang tercari-cari ibu Aliff Aziz iaitu Siti Hafizah Sheikh Mohamad kerana wanita terbabit sentiasa membela anaknya apabila terpalit kontroversi.

“Mana IG maknya? Tak nak update story IG ke?

“Hilang dah IG maknya…

“Apa IG mak dia… hari itu nampak beriya back up anak yang terpaling baik di dunia. Anak dia saja yang teraniya,” komen netizen.

Selepas Tular Dakwaan Kekasih Gelap, Netizen Cari Ibu Aliff Aziz - 'IG Maknya Hilang...

Namun, carian netizen mendapati bahawa akaun Instagram Siti Hafizah dengan nama ‘Fizaaziz’ telah tidak aktif atau ‘deactivated’.

Sebelum ini, seorang wanita muncul mengaku sebagai teman wanita kepada Aliff Aziz.

Melalui pendedahan di akaun Instagramnya, Sarah Yasmine memberikan kenyataan untuk menjelaskan keadaan kerana tidak mahu melihat Aliff Aziz dicerca sendirian.

Terdahulu, Sarah juga terkejut apabila mengetahui kekasih gelapnya masih berhubung rapat dengan seorang pelakon wanita yang baru-baru ini ditangkap khalwat bersama Aliff.

Sarah Yasmine turut mendakwa seorang individu bernama ‘NRF’ menjadi ‘dalang’ dalam membolak-balik rumahtangga penyanyi tersebut.

Pada 9 Mac lalu, nama Aliff Aziz terpalit dengan kontroversi apabila beliau dan pelakon Ruhainies ditangkap kerana khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara.

Kejadian itu menyebabkan kemarahan netizen sebelum Aliff dan Ruhainies membuat permohonan maaf namun menafikan dakwaan mereka berkhalwat.

Isteri Aliff, Bella Astillah, memfailkan penceraian terhadap Aliff pada 13 Mac lalu.

Namun, Aliff enggan menceraikannya dalam sebutan kes pada 4 April lalu.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*