Tragedi Kem TLDM Lumut: 3 Maut, 2 Helikopter Bertembung Terhempas

HELIKOPTER ATM bertembung dalam kejadian di Kem TLDM Lumut
HELIKOPTER ATM bertembung dalam kejadian di Kem TLDM Lumut

Sekurang-kurangnya 3 terkorban selepas 2 helikopter milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bertembung dalam tragedi kejadian di Kem Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak, hari ini.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 9 pagi itu melibatkan dua helikopter yang dikatakan sedang menjalani latihan rutin. Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima panggilan pada pukul 9.50 pagi, lalu dua jentera segera diarahkan ke lokasi kejadian.

Menurut Pegawai Operasi JBPM Perak, Saiful Rizan Sulaiman, laporan awal mendapati kedua-dua helikopter tersebut bertembung dan terhempas di kawasan terbabit.

“Helikopter pertama jenis AS5530 membabitkan tiga mangsa dengan dua daripadanya sudah keluar manakala seorang tersepit.

“Namun ketiga-tiga mangsa disahkan meninggal dunia.

“Helikopter kedua jenis Pheonix (AW1139) membabitkan tujuh mangsa dan operasi mengeluarkan kesemua mangsa sedang dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Salah sebuah helikopter milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilaporkan terhempas ketika menjalani raptai di Kem Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Manjung, Perak. Foto tular.
Salah sebuah helikopter milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilaporkan terhempas ketika menjalani raptai di Kem Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Manjung, Perak. Foto tular.

Dalam pada itu, TLDM ketika dihubungi memaklumkan pihaknya sedang mendapatkan maklumat lanjut mengenai tragedi tersebut.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*