Didi Astillah Luah Rasa Kesal terhadap Aliff Aziz

Didi Astillah Kesal

Pelakon Didi Astillah luah rasa kesal terhadap abang iparnya, Aliff Aziz, kerana tergamak menipu mengenai hubungan rumah tangganya dengan isteri, Bella Astillah.

Didi menyatakan bahawa sesi temu bual dalam siaran podcast di saluran YouTube itu, merupakan salah satu rancangan untuk menjatuhkan kakaknya.

“Jadi ini rupanya rancangan terakhir dengan si Ruhainies? Jalan terakhir nak menjatuhkan kak long (panggilan Bella) setelah cubaan guna cyber-tropper tak berjaya.”

“Sampai hati abang (panggilan Aliff) tipu orang untuk kebaikan diri sendiri dan si R (Ruhainies),” ujar Didi dalam sebuah hantaran di Instagram.

Didi juga memberitahu layanan seperti puteri yang diberikan Aliff kepada Bella hanya bersifat sementara.

Selepas Aliff menjalani penggambaran bersama Ruhainies, semuanya berubah dan aktor itu turut menukar kata kunci telefon bimbit.

Didi Astillah Luah Rasa Kesal terhadap Aliff Aziz

Dalam perkembangan lain, Didi memuat naik tangkapan skrin perbualan mesej antara Aliff dengan individu dikenali sebagai NRF.

Artikel Berkaitan : Aliff Aziz Buka Mulut, Akui Kesalahannya dan Minta Maaf

Dalam perbualan itu, Aliff kelihatan meminta pendapat NRF mengenai langkah seterusnya selepas dia terlibat dengan kontroversi tangkap khalwat.

NRF menyokong cadangan Aliff untuk membuat kenyataan secara terbuka agar masyarakat dapat melihat kejujurannya.

Didi Astillah Luah Rasa Kesal terhadap Aliff Aziz

Dalam hantaran tersebut, Didi juga berkongsi bukti foto hubungan Bella dan Aliff yang berada dalam keadaan baik pada November tahun lalu.

Ini bertentangan dengan kenyataan Aliff dalam temu bual podcast tersebut.

Di mana Aliff menyatakan hubungan mereka mula renggang sejak 13 November pada tahun sama.

Bella turut menghantar foto anak-anaknya, Ayden dan Ara, dimana mereka bertanya mengapa Aliff tidak keluar bersama mereka lagi.

Pada pagi Jumaat, Aliff membela dirinya dalam sebuah podcast bertajuk The Common Folks, dengan harapan segalanya akan berakhir dengan baik.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*