Aliff Aziz Buka Mulut, Akui Kesalahannya dan Minta Maaf

Selepas lama berdiam diri, Aliff Aziz, pelakon kontroversi, akhirnya memberikan penjelasan mengenai konflik yang melibatkan dirinya.

Dalam satu video podcast pendek dari The Common Folks, Aliff menyatakan dia memilih untuk berdiam diri sebelum ini kerana tidak mahu memburukkan lagi keadaan yang sudah rumit.

“Semua orang nak bercakap, tetapi kebiasaannya orang bersalah perlu beri penjelasan terakhir. Jika saya membalas, isu ini akan menjadi lebih panjang dan rumit,” jelas Aliff.

Beliau juga mengakui tindakannya mendedahkan hubungan sulit antara isterinya, Bella Astillah, dan aktor Muaz Zabir adalah satu kesilapan.

“Saya menyesal. Pada akhirnya, Bella tetap ibu kepada kedua-dua anak saya. Ketika itu, saya dipenuhi dengan perasaan marah, kebencian, dan penyesalan,” katanya.

Di penghujung video, Aliff menangis sambil meminta maaf kepada Bella atas kesilapan berlaku curang.

“Saya minta maaf,” ujarnya dengan penuh kesedihan.

@sinar_myAliff Aziz akhirnya berani tampil untuk bersuara dan menjawab tentang isu terjadi yang melibatkan rumah tangganya sekarang di audio siar The Commonfolk SG Malah, dia juga dilihat menangis teresak-esak dan meminta maaf kepada isterinya Bella Astillah. Sumber: @The Common Folks #SINARKongsi

♬ original sound – SINAR – SINAR

Sebelum ini, Aliff telah ditangkap khalwat bersama Ruhainies di sebuah kondominium mewah.

Keadaan menjadi lebih rumit apabila Sarah Yasmine, yang mendakwa dirinya kekasih gelap Aliff, mendedahkan mesej-mesej perbualan antara mereka di Instagram.

Akibat daripada konflik ini, Bella telah memfailkan permohonan penceraian di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*