Caprice Berdamai dengan Pemuda Hina Anaknya, Irfan Melutut Minta Maaf

Caprice berdamai dengan pemuda

Caprice, atau Ariz Ramli, mengadakan pertemuan dengan pemuda yang sebelum ini menghina menyamakan anak lelakinya, Airiel Qashaf, dengan haiwan.

Dalam rakaman video yang dimuat naik di Instagram, pemuda berkenaan, yang dikenali sebagai Irfan, dilihat melutut memohon maaf kepada Caprice dan isterinya, Fara Inalis.

Fara, yang mesra disapa sebagai Elis, dalam keadaan emosi menegur tindakan Irfan, yang baru berumur 23 tahun. “Kau sepatutnya bersyukur kerana Caprice mampu tenangkan aku. Kau nak minta maaf, minta maaf ikut cara aku. Aku nak kau melutut minta maaf pada aku dan anak aku.” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ariz Ramli (@capricedaddycap)

Caprice memberikan dua pilihan kepada Irfan, sama ada menyelesaikan perkara ini di balai polis atau pergi ke masjid.

Irfan memilih untuk pergi ke masjid, di mana mereka berdua mendirikan solat bersama-sama.

Selepas solat, Caprice menghulurkan wang kepada Irfan untuk diberikan kepada ibunya sebagai duit raya.

Sebelum ini, Caprice mendedahkan tangkap layar mesej (DM) yang menghina anak lelakinya.

Komen pemuda tersebut sangat keterlaluan, menyamakan bayi berusia dua bulan dengan haiwan.

Caprice berkahwin dengan Fara pada November 2022 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Airiel Qashaf, pada Mac lalu.

Farra juga mempunyai seorang anak perempuan, Aleesya Sofea, dari perkahwinan terdahulu.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*