Abby Abadi Ralat

Abby Abadi Masih Rasa Ralat dengan Pilihan Hidup Anaknya, Marissa Dania

Abby Abadi, atau Arbaiyah Abdul Rahman, masih ralat dan rasa tidak percaya dengan pilihan hidup anak perempuannya, Marissa Dania, yang memilih untuk hidup berpoligami.

Meskipun sudah berserah dengan takdir, Abby, sebagai seorang ibu, masih tertanya-tanya dengan keputusan Marissa.

“Saya bukan orang yang boleh berpoligami dan sebab itu apa berlaku dulu, saya pilih bercerai sebab tak sanggup berkongsi.

“Tetapi tidak sangka kejadian ini menjadi ujian buat anak saya. Saya sendiri tidak tahu mengapa Marissa memilih untuk menjadi isteri kedua,” ungkapnya.

@majalahwanitaAbby kata dia kenal Aslam sejak kecil sebab Marissa & Aslam di sekolah agama yang sama #wanita #utusantv #beritaditiktok #trendingnewsmalaysia #fyp #abby #aslam

♬ original sound – Majalah Wanita – Majalah Wanita

Abby berkongsi kenyataannya semasa ditemui di Majlis Rumah Terbuka Wawa Nostalgia Raya di Wawa Cosmetics HQ, Bangi, Selangor. Dia juga pernah bertemu dengan madu anaknya, Umisya Mazlan, untuk menyelesaikan masalah mereka.

Artikel Berkaitan : Marissa Dania Mengakui Kesilapan, Memohon Maaf dan Harap Rekonsiliasi

“Saya pernah lalui keadaan itu. Saya mengaku bahawa anak saya buat kesilapan besar, tetapi bukanlah hanya salah Marissa seorang. Tidak faham mengapa semua menyalahkan Marissa seolah-olah Aslam tidak bersalah. Hairan mengapa orang Malaysia beranggapan demikian. Siapa guna istilah penyondol. Habis lelaki tak salah? Pada saya masing-masing ada silap,” ujarnya.

Abby juga membandingkan situasi ini dengan pengalaman lalu dengan bekas suaminya, Norman Hakim, yang berlaku curang.

“Saya tidak pernah menyalahkan Memey kerana tidak tahu tentang hubungan mereka sehingga saya diberitahu. Pada masa itu, saya menyalahkan Norman, tetapi sekarang, netizen lebih cenderung menyalahkan perempuan,” katanya.

Marissa dan Aslam, bekerja keras untuk menampung kehidupan bersama keluarga. Aslam bekerja sebagai pemandu e-hailing sementara keduanya juga berniaga.

“Saya belum berkesempatan berbual dengan mereka, tetapi dari yang saya tahu, Aslam bekerja sebagai pemandu Grab dan keduanya juga menjalankan perniagaan.

Pada 7 Februari lalu, nama Marissa menjadi bualan apabila didakwa bernikah di Thailand dengan Aslam ketika isteri pertamanya sedang berada di Tanah Suci Makkah pada 27 Disember tahun lalu.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!
Scroll to Top