(Video) Caprice sindir Syamsul Debat – “Minta Maaf dan Memaafkan Tanpa Syarat, Jangan Aib dan Jatuhkan Maruah Orang Lain”

Caprice sindir Syamsul Debat

Penceramah bebas popular, Syamsul Debat, berkata minta maaf dan memaafkan adalah perkara paling mulia di sisi Allah, namun paling berat dilakukan.

Dalam setiap ceramahnya, Syamsul Debat sentiasa menekankan bahawa minta maaf dan memaafkan seharusnya dilakukan tanpa sebarang syarat.

Beliau juga menegaskan bahawa dalam Islam, tindakan memaafkan perlu dilakukan dengan ikhlas dan tanpa menjejaskan martabat atau maruah seseorang.

“Seringkali, melihat orang kita yang minta maaf atau memaafkan meletak bermacam-macam syarat tertentu. Ini bukanlah ajaran Islam.

Kita perlu merendahkan diri dalam proses minta maaf dan memaafkan, bukan menjatuhkan martabat orang lain,” tegas beliau.

Beliau turut mengulas kontroversi yang melibatkan isteri penyanyi rap dan aktivis, Caprice.

Dimana Farra Inalis memaksa seorang lelaki melutut sebagai permohonan maaf atas keterlanjuran individu itu menghina bayi mereka, Airiel Qashaf, dalam mesej langsung (DM) sebelum ini.

Menurut Syamsul, tindakan seumpama itu tidak seharusnya berlaku, terutamanya dalam bulan mulia, Syawal.

Artikel Berkaitan : Caprice Berdamai dengan Pemuda Hina Anaknya, Irfan Melutut Minta Maaf

Penceramah itu juga menekankan walaupun seseorang meminta maaf secara terbuka, ia seharusnya tidak menjadi satu usaha untuk memalukan.

Ini kerana nilai-nilai Islam tidak menggalakkan kelakuan sedemikian.

“Mungkin kita ingin menceritakan kepada orang lain tentang kesalahan seseorang, tetapi yang lebih penting ialah memastikan individu tersebut benar-benar meminta maaf.

Ini tidak bermakna individu yang meminta maaf perlu merendahkan diri secara berlebihan.

Pihak yang memaafkan juga perlu menunjukkan sikap rendah hati yang sama,” jelasnya.

Caprice memberikan respon terhadap kenyataan Syamsul Debat melalui perkongsian dalam Instagram Story beliau.

Beliau memuat naik video Ustaz Syamsul Debat yang sedang menegur seseorang individu semasa berceramah.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*