Spekulasi Ira Kazar Hamil

Spekulasi Ira Kazar Hamil dan Syamsul Yusof Alami Alahan

Kisah cinta Ira Kazar dan Syamsul Yusof menjadi perhatian ramai apabila terdapat spekulasi dimana Ira kini hamil anak pertama mereka.

Walaupun begitu, usia kandungan Ira masih menjadi tanda tanya.

Laporan dari HibGlam menyatakan ramai yang mendakwa Ira hamil sejak akhir tahun lalu, tetapi tiada pengesahan rasmi dari mana-mana pihak.

Tetapi, baru-baru ini HibGlam menerima pengesahan dari sumber dipercayai Ira sebenarnya sedang mengandung.

Selain itu, Syamsul juga dilaporkan mengalami alahan sepanjang tempoh kehamilan Ira, menyebabkan dia ‘menyepi’ dari media sosial.

Artikel Berkaitan : Yusof Haslam Yakin Anaknya, Syamsul Yusof, Akan Pulang Ke Rumah

Umum sedia maklum, Syamsul pernah berkahwin dengan Puteri Sarah Liyana dan mempunyai dua orang anak sebelum bercerai pada Jun 2023.

Namun, sebelum bercerai, pasangan itu diketahui terlibat dalam konflik rumah tangga.

Puteri Sarah pernah menyatakan Syamsul telah curang dengan wanita lain sebelum kelahiran anak kedua mereka pada tahun 2019.

Dia juga mendedahkan bahawa Ira adalah wanita yang menjadi ‘orang ketiga’ dalam hubungannya dengan Syamsul.

Setelah berpisah dengan Puteri Sarah, Syamsul akhirnya mengakui hubungannya bersama Ira dengan menikahinya di Thailand pada Januari 2023.

Walau bagaimanapun, Syamsul menegaskan tiada hubungan luar nikah yang berlaku antara dia dan Ira semasa masih berkahwin dengan Puteri Sarah.

Konflik antara Syamsul dan Puteri Sarah berakhir di mahkamah, di mana Syamsul pernah memfailkan permohonan nusyuz terhadap Puteri Sarah dengan alasan perselingkuhan dan pengabaian rumah tangga.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!
Scroll to Top