“Asal Raya Je Mengandung” – Ayu Raudhah Hamil Cahaya Mata Ketujuh

Ayu Raudhah hamil cahaya mata ketujuh

Pelakon popular, Ayu Raudhah, mengesahkan beliau kini sedang hamil cahaya mata ketujuh. Dalam temuramah dengan OhBulan!, Ayu atau nama sebenarnya Raudhah Che Wan @ Abu Bakar, 39 tahun, berkongsi bahawa usia kandungannya kini sudah memasuki 7 bulan.

“Saya sedang mengandung anak ketujuh. Rasanya agak segan nak ceritakan panjang lebar, ialah anak ketujuh kan. Kini, sudah pun memasuki bulan ke 7,” katanya dengan penuh kegembiraan.

Beliau juga berkongsi perutnya kini sudah besar dan tidak dapat lagi disembunyikan. “Siapa yang perasan, mereka perasan lah. Minta semua doakan yang baik-baik ya,” tambahnya sambil tersenyum.

Artikel Berkaitan : Spekulasi Ira Kazar Hamil dan Syamsul Yusof Alami Alahan

Ayu Raudhah juga memaklumkan dia tidak mengalami sebarang alahan sepanjang tempoh kehamilannya. “Saya memang jarang mengalami alahan ketika mengandung. Bahkan sejak hamil anak pertama, alahan itu amat jarang berlaku,” katanya dengan yakin.

Beliau juga berkongsi Insya-Allah akan bersalin pada hujung bulan tujuh ini.

@rosixomar25Citer sini hbs sini! Open house @ROZITA CHE WAN #rosixomar #rozitachewan #openhouse♬ original sound – Rosixomar – Rosixomar

Sebelum ini, peminat dan rakan-rakan selebriti Ayu Raudhah terkejut apabila pempengaruh media sosial, Rosix Omar, memuat naik video yang menunjukkan Ayu dan kakaknya, Rozita Che Wan, di sebuah majlis.

Dalam video itu, Rosix berkongsi terkejut melihat Ayu Raudhah sedang hamil cahaya mata ketujuh.

Tidak hanya Rosix, ramai wargamaya yang terkejut dengan berita tersebut dan mendoakan yang baik-baik untuk keluarga Ayu.

Ayu Raudhah dan suaminya, bekas pemain bola sepak Zaquan Adha, telah berkahwin pada 21 Januari 2011.

Mereka dikurniakan enam orang anak, iaitu Muhammad Aisy Qaiser, Muhammad Aisy Aryann, Laura Zuleykha, Muhammad Aisy Khaliq, Muhammad Aisy Al Jibreel, dan cahaya mata ke-6 yang kini berusia setahun.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*