Ruhainies Putus Hubungan dengan Aliff Aziz, Fokus pada Kerjaya

Ruhainies Putus Hubungan
"Saya pun dah minta maaf. Rasanya semua pihak boleh 'move on'."

Ruhainies, pelakon sensasi, menyatakan dia sudah tidak lagi berhubung dengan Aliff Aziz selepas hampir dua bulan kontroversi yang mengaitkan nama mereka.

Ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka FiziWoo, pelakon jelita itu juga menjelaskan mahu menutup babak kontroversi terbabit dan hanya mahu fokus kepada kerjaya seninya.

“Buat apa nak keruhkan lagi. Saya nak tutup buku.”

Artikel Berkaitan : Ruhainies Ambil Langkah Berani – Lapor dan Heret Sarah Yasmine ke Muka Pengadilan

Beliau juga menambah, sudah meminta maaf secara terbuka melalui program hiburan Melodi, dan percaya isteri Aliff, Bella Astillah, sudah maklum tentang permohonan maafnya.

Ruhainies menegaskan bahawa fokusnya kini adalah kepada kerjaya seninya.

“Saya tidak mahu isu ini terus berlarutan. Saya risau jika terus ada perkembangan baru, ia tidak akan berkesudahan. Semua pihak, termasuk netizen, sudah mula merasa letih kerana isu ini sudah berlarutan hampir dua bulan.”

@mediahiburanofficial“Tuhan saja yang tahu. Orang nak cakap ikhlas atau tidak, terpulang.” Ruhainies tampil memberikan reaksi berhubung isu hangat membabitkan dirinya dan Aliff Aziz. Tidak mahu memanjangkan cerita yang sudah ‘meleret’ sampai dua bulan, Ruhainies jelaskan dia tidak mahu mengeruhkan hal yang berlaku dan hanya mahu fokus pada kerjaya. #MHnews #MediaHiburan #FYP

♬ original sound – Media Hiburan – Media Hiburan

Mengenai spekulasi dia terlibat berkomplot dengan Aliff untuk menjatuhkan Bella, Ruhainies enggan memberikan sebarang komen kerana ianya diluar kawalan dan tidak mahu untuk menegakkan apa-apa lagi.

Kontroversi Aliff dan Ruhainies bermula apabila mereka ditangkap khalwat di sebuah kondominium mewah.

Bella kemudiannya memfailkan cerai terhadap Aliff.

Muncul pula seorang wanita Singapura, Sarah Yasmine, yang mengaku menjalin hubungan cinta dengan Aliff.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*