Misya Bidas Abby Abadi

(Video) “Yang Satu Sekolah Bukan Aslam..” – Misya Tampil Bidas Kenyataan Abby Abadi

Pelakon terkenal, Abby Abadi, baru-baru ini memaklumkan kepada pihak media bahawa dia percaya keputusan anaknya, Marissa dan Aslam, untuk berkahwin adalah bagi mengelakkan maksiat.

Abby turut menyatakan bahawa keputusan itu dibuat susulan Marissa dan Aslam belajar di sekolah agama yang sama sejak kecil lagi.

Namun, baru-baru ini, isteri pertama Aslam, Misya, tampil dalam sebuah video klip live TikTok menyatakan terdapat beberapa fakta yang tidak benar daripada kenyataan Abby Abadi.

Misya menjelaskan bahawa Marissa dan Aslam sebenarnya tidak satu sekolah, sebaliknya Marissa sekolah dengan adik Aslam.

Artikel Berkaitan : Abby Abadi Masih Rasa Ralat dengan Pilihan Hidup Anaknya, Marissa Dania

Misya juga menyatakan bahawa hubungannya dengan Marissa masih tidak baik dan terdapat ‘sempadan’ antara mereka berdua.

@media_penglipurlaraIsteri pertama Aslam, Umisya memperjelaskan beberapa perkara yang disuarakan oleh follower ketika live. #aslam #umisyamazlan #marissa #fypシ #viral♬ original sound – mediapenglipurlara – mediapenglipurlara

Kenyataan kontroversi ini tentu mencetuskan pelbagai spekulasi dan tafsiran di kalangan peminat dan pihak media.

Pendedahan Misya mungkin akan memberi impak besar kepada imej dan hubungan keluarga Marissa dan Aslam, serta Abby Abadi.

Aslam menjadi tumpuan media selepas beliau berkahwin dengan Marrisa Dania, di Songkhla, Thailand pada 27 Disember yang lalu.

Pernikahan tersebut dibuat tanpa pengetahuan keluarga mereka dan juga tanpa pengetahuan isteri pertama Aslam, Umisya.

Namun, kemelut itu berakhir apabila Aslam mengambil langkah berani untuk bertemu dengan keluarga Marrisa sebelum Aidilfitri.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!
Scroll to Top