Sarah Yasmine Dilarang Mengeluarkan Komen Berhubung Isu Hangat dengan Aliff Aziz

Sarah Yasmine, dilarang mengeluarkan kenyataan berhubung isu hangat dengan Aliff Aziz setelah menerima perintah mahkamah.

Sarah Yasmine, wanita yang dikaitkan dengan kontroversi Aliff Aziz, telah menjelaskan beliau dilarang mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu tersebut, selepas menerima perintah mahkamah. Sarah, yang kini berada di Singapura, telah menerima arahan itu selepas pulang ke negaranya beberapa hari lalu.

Dalam satu kenyataan kepada Gempak, Sarah menyatakan beliau tidak dapat mengeluarkan sebarang kenyataan atau komen mengenai isu yang melibatkan dirinya dengan Aliff buat masa ini.

Ini disebabkan beliau telah menerima perintah mahkamah di Singapura 4 hari sebelum Podcast bersama TheCommonFolks SG disiarkan.

“Saya tak boleh lawan balik atau berbicara mengenainya,” tambahnya.

Sarah juga berharap agar segala kebenaran akan terbukti, walaupun ramai yang menganggap dirinya ‘terhegeh-hegeh’ dengan kontroversi tersebut.

Beliau akur dengan Akta Perlindungan dari Gangguan atau The Protection from Harassment Act 2014 (POHA) di Singapura dan percaya bahawa kebenaran akan terbongkar suatu hari nanti.

“Saya tidak peduli jika orang menganggap saya ‘terhegeh-hegeh’ atau meroyan. Saya akan memberikan tumpuan kepada tindakan undang-undang ke atasa individu tertentu dan jika ada peluang, saya akan fokus kepada pekerjaan sambilan lain,” tambah Sarah, yang juga masih mempunyai niat untuk membantu Bella Astillah.

Sebelum ini, Aliff Aziz menerusi sesi podcast bersama TheCommonFolks SG telah menjelaskan situasi sebenar yang berlaku dalam rumah tangganya bersama pelakon Bella Astillah serta hubungan yang melibatkan Ruhainies serta Sarah Yasmine.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*