Ruhainies Ambil Langkah Berani – Lapor dan Heret Sarah Yasmine ke Muka Pengadilan

Saya akan buat laporan polis dan MCMC. - Ruhainies
Saya akan buat laporan polis dan MCMC. - Ruhainies

Ruhainies akan mengambil langkah undang-undang dengan melaporkan dan mengheret Sarah Yasmine ke muka pengadilan.

Keputusan itu dibuat selepas mendapat saranan ‘orang lama’ dalam industri seni termasuk Erma Fatima dan Zed Zaidi yang menasihati untuk mengambil tindakan tegas.

Malah, beliau akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC) mengenai semua kekacauan yang disebabkan wanita kelahiran Singapura tersebut.

Ruhainies, nama yang sedang hangat dalam dunia seni tanah air, mengakui kesilapannya sebelum ini tetapi juga menegaskan keperluan untuk mempertahankan diri.

Artikel Berkaitan : Erma Fatima Kecam Sarah Yasmine – Hentikan ‘Kenduri Selak Kain’ Artis Malaysia!

Apabila ditanya mengenai keadaan terkini, bintang drama Hello, Mr. Perfect! itu berkata dia sedang berusaha menjalani kehidupan dengan positif sambil mengakui kesilapannya.

“Walaupun fikiran saya sedang serabut dilanda kebimbangan, saya yakin ada hikmah di sebalik semua ini.”

Langkah itu mengejutkan ramai pihak, terutamanya peminat seni tanah air yang mengikuti perkembangan kontroversi ini.

Sarah Yasmine, yang menjadi tumpuan sebelum ini, belum memberikan sebarang kenyataan mengenai perkembangan terkini.

Umum sedia maklum, Zed Zaidi, Presiden Persatuan Seniman Malaysia, sebelum ini mendesak Ruhainies dan individu terlibat untuk membuat laporan berkenaan dengan pendedahan mengaibkan yang dilakukan Sarah Yasmine.

Erma Fatima juga menyokong tindakan ini.

Ruhainies juga pernah membuat permohonan maaf terbuka kepada Bella Astillah, tetapi tidak disambut baik.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*