Erma Fatima, kecam tindakan Sarah Yasmine membuka aib artis tempatan.

Erma Fatima Kecam Sarah Yasmine: Hentikan ‘Kenduri Selak Kain’ Artis Malaysia!

Penerbit dan pengarah terkenal, Erma Fatima, telah meluahkan kekecewaannya terhadap tindakan Sarah Yasmine, atas kontroversi yang telah melanda negara ini.

Beliau mengecam Sarah Yasmine yang telah membuka aib beberapa orang artis tempatan, termasuk Sophia Albarakbah.

Penerbit itu juga kecewa melihat sambutan yang tidak wajar daripada netizen.

Erma Fatima menegaskan bahawa tindakan Sarah Yasmine yang bukan warganegara Malaysia itu tidak bermoral dan merosakkan industri hiburan Malaysia.

Dia menggesa agar Sarah Yasmine menghormati budaya dan maruah negara ini serta menyelesaikan masalah peribadi di tempat asalnya.

“Saya sangat marah dengan tindakan yang dilakukannya. Saya faham perasaan dia yang kecewa selepas ditinggalkan kekasih tetapi jangan datang ke sini dan hancurkan industri seni Malaysia,” kata Erma Fatima dengan nada kesal.

@xtra_myMin setuju apa yang disampaikan oleh Erma Fatima fyp xtra #ermafatima sarahyasmine aliffaziz #sembangentertainment #beritaditiktok

♬ original sound – XTRA – XTRA

Erma Fatima turut menegaskan bahawa pelakon tempatan, Sophia Albarakbah, tidak sepatutnya menjadi mangsa dalam kontroversi ini.

Dia menegaskan tindakan Sarah Yasmine itu melampau dan mahu individu yang menjadi sasaran serangan Sarah Yasmine untuk membuat laporan polis serta aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“Dia orang luar, bukan terbabit dalam industri kita. Berambus, keluar dari Malaysia dan selesaikan masalah mereka sendiri. Dua-dua bukan orang Malaysia pun, tak perlu selak kain-kain artis Malaysia,” tegas Erma Fatima.

Erma Fatima juga menggesa netizen untuk tidak memberi perhatian kepada Sarah Yasmine serta menggesa Aliff Aziz untuk menyelesaikan isu ini dengan segera dan bukan melarikan diri dari tanggungjawabnya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!
Scroll to Top