Kenaikan Gaji Penjawat Awam Malaysia 2024: Rekod Tertinggi dalam Sejarah!

Kenaikan gaji penjawat awam mencapai rekod tertinggi sejarah.
Kenaikan gaji penjawat awam mencapai rekod tertinggi sejarah.

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan berita gembira pada Majlis Sambutan Hari Pekerja 2024, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.

Penjawat awam Malaysia bakal menikmati kenaikan gaji lebih 13 peratus, yang merupakan kadar tertinggi dalam sejarah perkhidmatan awam negara, mulai 1 Disember depan.

Perdana Menteri menyatakan sejarah kenaikan gaji paling tinggi sebelum ini adalah 13 peratus.

Jadi, kerajaan Madani akan memastikan kadar kenaikan kali ini lebih tinggi daripada itu.

Beliau menegaskan pelarasan gaji penjawat awam itu akan membabitkan peruntukan mencecah lebih RM10 bilion berikutan jumlah kenaikan yang besar dan terbaik dalam sejarah negara.

Anwar menyatakan dengan pelarasan itu, pendapatan minimum penjawat awam merangkumi gaji dan elaun tetap, perlu melebihi RM2,000 sebulan.

Beliau juga berkata, mana-mana penjawat awam yang tidak mempamerkan prestasi baik, pemalas, dan sering lewat datang kerja, tidak layak menerima kenaikan itu.

@buletintv3Gaji Penjawat Awam Naik Lebih 13 Peratus, Tertinggi Dalam Sejarah #beritaditiktok #buletintv3 #gaji #penjawatawam

♬ original sound – BuletinTV3 – BuletinTV3

Selain itu, Perdana Menteri juga mengumumkan bahawa Kerajaan Sabah dan Sarawak bersetuju melakukan pindaan terhadap Ordinan Buruh Sabah dan Sarawak untuk diselaraskan dengan Akta Kerja 1955 yang terpakai di Semenanjung Malaysia.

RUU Ordinan Buruh Sabah (Pindaan) 2024 dan RUU Ordinan Buruh Sarawak dijadual dibentangkan pada sidang Parlimen akan datang.

Kenaikan gaji penjawat awam ini memberikan impak yang besar kepada kehidupan mereka serta ekonomi negara.

Dengan kenaikan ini, diharapkan penjawat awam dapat lebih bertenaga dalam melaksanakan tugas mereka dengan cemerlang.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*