Nora Danish Akui Rumah Tangga Bergolak, Tidak Lagi Tinggal Sebumbung – “Perceraian Adalah Jalan Terakhir”

Nora Danish mengakui rumahtangga bersama Nedim Nazri sedang bergolak.
Nora Danish mengakui rumahtangga bersama Nedim Nazri sedang bergolak.

Pelakon terkenal, Nora Danish, baru-baru ini mengakui dakwaan tentang rumah tangganya bersama Nedim Nazri sedang bergolak.

Walaupun begitu, Nora menegaskan bahawa mereka sedang berusaha untuk menyelesaikan masalah tersebut.

“Kita manusia biasa, tidak lari daripada kesilapan. Tujuh tahun berkahwin, memang ada pergolakan tetapi kami cuba tangani sebaik mungkin,” kata Nora.

Menurut Nora, mereka kini tinggal berasingan di rumah keluarga masing-masing untuk memberi ruang dalam perkahwinan mereka.

Kata Nora, punca keretakan rumah tangga mereka tiada kaitan dengan kehadiran orang ketiga.

“Apa yang berlaku, tiada kena mengena dengan orang ketiga, lebih kepada persefahaman masing-masing. Rumah tangga mana tiada masalahkan.”

“Perceraian adalah jalan terakhir. Apa juga keputusan, saya mengharap yang terbaik untuk kami berdua dan anak-anak,” tambahnya.

Walaupun tidak lagi tinggal sebumbung, Nora menegaskan hubungannya dengan Nedim masih baik terutamanya dalam hal urusan anak-anak.

“Kami tetap berhubung terutama pasal anak-anak. Saya tidak mahu apa yang berlaku memberi unsur negatif terutama kepada anak-anak,” jelas Nora.

@ohbulanofficialPelakon Nora Danish menjawab dakwaan keretakan rumah tangga dan tidak lagi tinggal sebumbung bersama suami, Nedim Nazri atau lebih dikenali sebagai Boss Ned 😢 #ohbulan #sembangentertainment #noradanish #bossned #masalah #rumahtangga

♬ original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

Bagi Nora, masalah rumah tangga ini juga dipengaruhi keadaan rumah mereka yang sedang direnovasi.

“Itulah aturannya, kebetulan seiring dengan keadaan rumah yang sedang direnovasi, masing-masing cari ruang untuk selesaikan masalah ini,” ungkap Nora.

Dalam pada itu, Nora hanya berserah dengan ketentuan Ilahi dan berharap yang terbaik bagi kedua-dua belah pihak.

“Kami berdua serahkan dan doakan yang terbaik. Macam saya cakap, perceraian adalah jalan terakhir.”

“Kami berdua pernah melalui fasa itu jadi apa pun, kita mahu yang terbaik,” jelas Nora.

Nora Danish dan Nedim berkahwin pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamed Neqayl, yang kini berusia enam tahun.

Sebelum berkahwin dengan Nedim, Nora pernah berkahwin dengan Jejai pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan seorang anak, Putra Rayqal, sebelum bercerai pada 2008.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*