Janna Nick Dikritik Kerana Perli Ruhainies dengan Gelaran ‘Penyondol’

Janna memperkenalkan Ruhainies dengan gelaran 'penyondol'.
Janna memperkenalkan Ruhainies dengan gelaran 'penyondol'.

Pengacara popular, Janna Nick, sekali lagi menjadi tumpuan apabila beliau mengusik Ruhainies dengan gelaran penyondol ketika memperkenalkannya dalam program Famili Duo musim ketiga (FD3) yang lalu.

Walaupun gurauan semata, tindakan Janna dipandang kurang sesuai oleh netizen, kerana program tersebut disiarkan secara langsung dan merupakan tontonan seisi keluarga.

Ketika sesi wawancara dengan pelakon drama Bintang itu, Janna secara tidak langsung mengaitkan Ruhainies dengan isu penyondol. “Cantik malam ini. Datang sini untuk apa, nak menyondol sesiapa ke?” ujar Janna dengan nada jenaka.

Artikel berkaitan : Janna Nick Tak Kisah Masuk Penjara Kalau Ada Siapa Berani Sentuh! – “Dini Sahaja Kebahagiaan Saya”

Malah, Janna turut mengusik dengan berkata, “Ini skandal Ruhainies ke?” merujuk kepada lelaki yang duduk di sebelah Ruhainies.

Sedangkan lelaki tersebut adalah pengasas produk yang diwakili oleh Ruhainies.

@kasyafbedumbapologize with tears rn 💀 #ruhainies #alifaziz #sarahyasmine♬ original sound – kasyaf bukan syaff – kasyaf bukan syaff

Kontroversi antara Janna Nick dan Ruhainies dalam program Famili Duo musim ketiga (FD3) telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada orang ramai.

Ramai yang terkejut Janna Nick seakan sudah tahu tentang status Ruhainies sebagai penyondol.

Walaupun Janna mungkin tidak bermaksud untuk menyakitkan hati, penggunaan perkataan yang kurang sensitif boleh membawa kepada persepsi yang negatif.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*