Mira Filzah Nafi Tuduhan “Siapa Dah Lama Follow, Mesti Tahu Saya Aktif Bersuara”

Mira Filzah Nafi Tuduhan

Pelakon terkenal Mira Filzah, 31, menyangkal dakwaan yang mengatakan beliau berdiam diri mengenai isu P4lestiin, walaupun namanya termasuk dalam kempen boikot Blockout2024.

Mira, atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, menegaskan pengikut media sosialnya pasti tahu tentang komitmen beliau yang berterusan.

ARTIKEL BERKAITAN :Myra Natasya Enggan Berselindung : Dedah Kebenaran yang Tersembunyi

Bukan baru hari ini Mira menyuarakan sokongan untuk P4lestiin.

“Bagi mereka yang telah lama mengikuti saya di media sosial, pasti tahu tentang perkara ini.”

“Sebelum 12 Mei, saya sudah berkongsi pandangan mengenai isu ini pada 7 hingga 10 Mei. ”

“Malah, sejak Januari lagi saya telah memuat naik mengenai P4lestiin, bukan secara tiba-tiba,” jelas Mira dalam satu kenyataan di aplikasi X.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah)

Pelakon drama Bidadari Kiriman Tuhan itu juga berkata, beliau menerima dengan redha sekiranya ada yang ingin memboikot.

Namun menyeru agar netizen menjaga adab dalam bertutur.

“Saya bercakap ini untuk semua.”

“Lakukan apa saja yang anda mahu.”

“Jika ingin sekat, sekatlah tetapi tidak perlu keluarkan kata-kata yang tidak baik.”

“Ingat, setiap tulisan kita ada dosa dan pahala,” ujarnya lagi.

Kempen Blockout2024 adalah gerakan memboikot selebriti yang masih berurusan dengan produk yang menyokong kekejaman Zi0niis di P4lestiin.

Kempen ini timbul akibat rasa kecewa terhadap selebriti yang mempromosikan produk tersebut atau menyokong Isr4eel secara terbuka di media sosial mereka.

Selain Mira, selebriti lain yang turut disenaraikan adalah Nadhir Nasar, Scha Alyahya, Daiyan Trisha, Eyka Farhana, Nabila Razali, Ameera Khan, dan Neelofa.

Dengan kenyataannya yang tegas, Mira berharap agar isu ini tidak disalahertikan.

Beliau juga mengingatkan semua pihak untuk bersikap adil dan berhemah dalam mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan reputasi individu.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*