Myra Natasya Enggan Berselindung : Dedah Kebenaran yang Tersembunyi

Myra Natasya anak luar nikah

Pelakon Myra Natasya tampil mengejutkan ramai apabila mendedahkan dia sebenarnya adalah anak luar nikah kepada penyampai radio terkenal, Halim Othman.

Myra, atau nama sebenarnya Yusmyra Natasya Abdullah, 29 tahun, tampil menyatakan bahawa ibu bapanya tidak pernah berkahwin di Thailand seperti yang dimaklumkan sebelum ini.

Bagaimanapun, Myra terpaksa menipu untuk menjaga nama baik Halim.

“Ibu bapa saya tidak pernah berkahwin pun!”

“Apabila saya memutuskan untuk libatkan diri dalam bidang seni, saya beritahu akan menjaga nama baik”

“Kepada media saya akan maklumkan mereka berkahwin di Thailand, supaya dia tidak perlu bimbang. Saya terpaksa menipu ketika beri kenyataan, tetapi sebenarnya saya dilahirkan tanpa sah taraf,” katanya.

Myra telah mendedahkan perbualannya dengan Halim di Instagram, di mana Halim didakwa memasukkan namanya pada bahagian maklumat bapa dalam sijil kelahirannya tanpa kebenaran.

Ketika Myra minta penjelasan, Halim memberikan jawapan angkuh, menyatakan bahawa Myra sepatutnya bersyukur kerana tanpa dia, Myra tidak akan wujud di dunia ini.

Myra juga kecewa dengan Halim kerana tindakannya itu bukan sahaja membelakangkan dia, tetapi juga cuba menutup cerita sebenar.

Sebelum ini, Myra sering merayu kepada Halim untuk mengakui hubungan sebenar mereka, tetapi tidak berjaya.

Pada 2019, selepas Myra mula menceburi bidang hiburan, Halim baru mengizinkannya untuk mendedahkan cerita sebenar.

Pendedahan eksklusif Myra kepada mStar pada April 2022 menyatakan ibu bapanya sebenarnya bercerai ketika dia masih bayi.

Urusan penceraian itu diselesaikan di Thailand pada tahun 1998.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*