View Chin dan Mira

View Chin dan Mira, Video Keintiman dalam Hubungan Misteri Menjadi Persoalan

Sejak kebelakangan ini, kalau kita mengikuti perkembangan View Chin dan Mira pasti tidak terlepas melihat kemesraan yang terjalin di antara mereka.

Setiap konten yang dikongsikan pasangan ini memaparkan hubungan yang sangat akrab dan mesra, sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi di kalangan netizen.

Ramai yang menduga bahawa mereka sudah melangsungkan perkahwinan.

ARTIKEL BERKAITAN :Kontroversi Gaun Afifah Nasir Terdedah di Hari Pernikahan – “Kesian Tok Kadi Cuci Mata”

Hal ini menjadi asas kepada keberanian mereka untuk menghasilkan video bersama-sama yang kelihatan begitu intim dan selesa.

Walau bagaimanapun, teka-teki dan misteri ini masih belum terjawab.

Baru-baru ini, View Chin telah memuat naik satu video yang menarik perhatian ramai.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by View Chin (@viewchin)

Video tersebut memaparkan mereka berdua berbaring di atas katil, di mana Mira sedang bermimpi buruk tentang View Chin yang curang.

Akibat dari mimpi tersebut, Mira kelihatan merajuk lalu marah kepada View Chin, menambahkan lagi misteri kepada hubungan mereka.

Video ini telah menimbulkan reaksi yang pelbagai daripada netizen.

Kebanyakan mereka mempersoalkan status sebenar hubungan antara mereka, dengan ada yang mendesak mereka untuk mengumumkan jika benar-benar sudah berkahwin.

Netizen khuatir jika hubungan yang ditunjukkan ini hanya sekadar gimik, ianya boleh mengundang fitnah.

Sekiranya benar View Chin dan Mira sudah bernikah, kami di sini ingin mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baru kepada mereka berdua.

Semoga hubungan yang terjalin akan terus bahagia dan diberkati.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!
Scroll to Top