Geng Honda Jazz Masak dan Berkelah di Stesen Minyak Genting Highlands: Tindakan Bertanggungjawab atau Keegoan Semata?

Geng Honda Jazz Masak

Sebuah video menunjukkan sekumpulan lelaki dan wanita sedang memasak dan seperti berkelah di sebuah stesen minyak di Genting Highlands telah menjadi tumpuan netizen.

Dalam video tersebut, kelihatan peralatan dapur seperti gas, meja, kuali, dan kerusi disusun di kawasan stesen minyak tersebut.

Malah, beberapa paket mi segera dan makanan sejuk beku lain juga turut kelihatan.

@mstarmalaysiaGeng kelab kereta H healing sakan! Berkelah, masak di stesen minyak… Halang laluan, sempat berfoto kenang-kenangan #beritaditiktok #viral #mstar

♬ original sound – mStar Official – mStar Official

Apa yang lebih mencetuskan kemarahan adalah kelakuan santai mereka, seolah-olah sedang berkelah di kawasan rekreasi.

Tidak hanya itu, ada yang dilihat menghisap vape tanpa berfikir panjang.

Keadaan menjadi tegang apabila siren polis kedengaran, menyebabkan mereka cemas.

Tidak pasti samada pihak polis menuju ke arah mereka atau sebaliknya.

Ramai netizen memberi respons negatif terhadap kelakuan mereka, dengan menyifatkan mereka sebagai kumpulan yang tidak bertanggungjawab dan hanya mementingkan diri sendiri.

Ada juga netizen yang mengecam tindakan kumpulan ini dan meminta pihak stesen minyak Petron untuk mengambil tindakan tegas dan sewajarnya ke atas mereka.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*