Aliff Aziz Rasa Tercabar – “Kau buat hal dekat bini orang, aku takkan halalkan dunia akhirat”

Aliff Aziz Rasa Tercabar

Aliff Aziz yang terkenal dengan kontroversi peribadi, akhirnya memberi penjelasan mengenai isu yang melibatkan Muaz Zabir dan isterinya, Bella.

Dalam satu temubual, Aliff Aziz mengatakan dia rasa tercabar dan kecewa dengan Muaz kerana tidak menceritakan versi yang sebenar kepada media.

Dia menegaskan tiada apa mahu disorok berkenaan isu terbabit.

Baginya, yang penting adalah untuk memberikan penjelasan kepada isterinya sendiri.

Bagaimanapun, dia merasa kecewa apabila Muaz enggan memberikan penjelasan yang sebenar.

Malah, Muaz mendakwa Aliff telah memaki hamun padahal Aliff hanya menghantar mesej panjang kepada Muaz.

“Jangan sesekali cuba mengaitkan saya dengan Muaz Zabir atau bertanya kenapa saya memiliki nombor telefonnya.

“Saya tak berminat untuk berhubung dengannya. Saya sebagai suami, mengapa perlu berhubung dengan lelaki yang terlibat dengan isteri saya?”

“Apa manfaat yang diperoleh daripada berhubung dengannya?” tegas Aliff lagi.

Aliff turut menitipkan mesej kepada Muaz agar beliau mengunci mulut mengenai perkara yang melibatkan rumah tangga Aliff dan Bella.

Baginya, tidak kira seberapa buruknya masa lalu seseorang, itu bukanlah alasan untuk melakukan perbuatan yang tidak baik kepada orang lain.

“Ini adalah mesej untuk kau supaya kau tolong senyap pasal hal rumah tangga aku, aku takkan pernah halalkan dunia akhirat, apa yang kau buat kat isteri aku,”

“Kepada semua orang diluar sana yang cakap saya buat hal 11 kali curang sedangkan Bella baru sekali curang dengan dia, tapi it’s not about that.” tambah Aliff lagi.

Sebelum ini, Muaz Zabir pernah menyatakan bahawa dia dan Aliff telah mencapai kata sepakat berkaitan isu mereka pada November 2023.

Walau bagaimanapun, Muaz mempersoalkan mengapa isu tersebut masih diungkit-ungkit.

Muaz juga mencabar Aliff untuk bertemu dengannya sebagai lelaki sejati.

Bagi Aliff, beliau enggan menceraikan Bella walaupun terdapat dakwaan hubungan gelap antara Bella dan Muaz.

Bella sendiri telah mengakui perkara tersebut dan memberitahu bahawa hubungan itu hanya sekadar untuk membuat Aliff cemburu.

Isu ini juga sudah selesai dan diterima oleh keluarga kedua belah pihak.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*