Wanita Misteri bersama Aliff Aziz: Sarah Yasmine Tak Teragak-agak Untuk Dedah Identiti! – “Perempuan terpaling fake”

Sarah Yasmine Dedah Identiti Wanita Misteri Bersama Aliff Aziz

Baru-baru ini, gambar mirip pelakon Aliff Aziz bersama wanita misteri telah tular di media sosial sehingga mencetuskan kontroversi dalam dunia hiburan Malaysia.

Gambar itu menunjukkan wanita misteri bersama aktor tersebut di dalam bas, yang kemudian menjadi perbualan hangat di kalangan peminat hiburan.

Walaupun wanita tersebut cuba menyembunyikan identiti dengan memakai topi dan cermin mata, Sarah Yasmine, kekasih gelap Aliff, mengakui kenal akan wanita terbabit.

Sarah jug tidak teragak-agak untuk mendedahkan identiti sebenar wanita itu.

“Sanggup pula dia naik bas ya? Perempuan itu pandai pula pakai topi, pakai cermin mata.

“Tak perlu pakai topi, cermin mata… Aku bongkarkan juga siapa kau nanti. Kau pakai pelitup muka pun aku tahu kau siapalah,” kata Sarah dalam sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok bernama @yanaothmann.

Artikel berkaitan : Sarah Yasmine Dedah Aliff Masih Berhubung dengan Sophia Albarakbah

Sarah juga mendedahkan Bella Astillah kenal akan wanita terbabit.

“Adakah itu Aliff? Dia keluar dengan…? Saya kenal perempuan yang dekat sebelah dia (Aliff) tu.

“Tapi korang (netizen) tak pernah tahu perempuan itu siapa. Perempuan ini cuma saya dan Bella sahaja yang tahu.

“Perempuan terpaling fake (palsu). Macam mana dia boleh menjadi fake di depan saya dan Bella?,” ujarnya.

Kisah ini semakin hangat apabila Sarah mendedahkan mesej perbualan antara Aliff dan ‘NRF’, yang turut melibatkan selebriti lain seperti Emma Maembong, Chacha Maembong, dan Caprice.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*