Hubungan Terlarang Aliff Aziz: Sarah Yasmine Dedah Aliff Masih Berhubung dengan Sophia Albarakbah

Sarah Yasmine Dedah Aliff Aziz Masih Berhubung dengan Sophia Albarakbah
Sarah Yasmine Dedah Aliff Aziz Masih Berhubung dengan Sophia Albarakbah

Pendedahan Sarah Yasmine mengenai kecurangan Aliff Aziz masih menjadi tumpuan ramai, apabila Sarah sekali lagi mendedahkan aktor tersebut ada hubungan terlarang dengan wanita lain, iaitu Sophia Albarakbah.

Walaupun Aliff dan Sophia sebelum ini pernah mengakui kesilapan dan mengakhiri hubungan mereka, pendedahan terkini Sarah pula membuktikan sebaliknya.

Pendedahan yang dibuat Sarah. Hubungan Terlarang Aliff Aziz

Dalam satu hantaran yang dimuat naik, Sarah mendakwa Aliff masih berhubung dengan Sophia pada bulan Mac yang lalu.

“Jangan cuba nak beritahu bahawa awak tidak layan, tetapi masih melayan sehingga 28 Mac,” ujarnya.

Artikel berkaitan : Ruhainies Minta Maaf secara Terbuka, Mahu Berjumpa dengan Bella Astillah dan Sarah Yasmine

Tangkapan skrin yang dikongsi Sarah itu dipercayai diperoleh dari telefon bimbit Aliff seperti mana pendedahannya sebelum ini.

Sebelum berkongsi paparan mesej daripada aplikasi WhatsApp itu, Sarah berkata dia tidak teragak-agak untuk mendedahkan kisah Sophia selepas beliau melakukan perkara yang sama kepada Ruhainies.

Baginya, pendedahan ini perlu dilakukan supaya orang ramai tidak terus menyalahkan Aliff apabila dikaitkan dengan ramai wanita.

“Saya tidak akan melakukannya jika awak tidak menimbulkan kebencian terhadap Aliff dengan kenyataan palsu dan penipuan untuk awak kelihatan baik.

“Semua orang mahu tambah kebencian terhadap Aliff tetapi nak menyembunyikan diri. Saya akan pastikan awak juga jatuh. Semua orang layak menerima hukuman yang sama,” tegasnya.

Kisah hubungan terlarang Aliff Aziz dengan Sarah Yasmine dan Sophia Albarakbah terus menjadi sorotan, mencetuskan pelbagai reaksi dari peminat dan orang ramai.

Aliff dan Sophia sebelum ini mengakui kesilapan dan berusaha memperbaiki hubungan masing-masing, pendedahan terbaru ini menimbulkan keraguan akan kejujuran mereka.

Bagaimanapun, tindakan ini juga memberi pengajaran tentang pentingnya kejujuran dan kesetiaan dalam setiap hubungan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*