Redza Syah Azmeer berkongsi gambar perkahwinan bersama isteri baru, Nur Hafiza Mohd Salim

“Permulaan Baru” – Suami Irma Hasmie Kongsi Gambar Majlis Perkahwinan

Redza Syah Azmeer, suami kepada pelakon Irma Hasmie, akhirnya memutuskan untuk berkongsi gambar dari majlis perkahwinannya dengan Nur Hafiza Mohd Salim.

Redza menyatakan bahawa beliau kini lebih fokus kepada keluarga, kerjaya, dan masa depan bersama isteri baharu.

“Dengan bismillah, perjalanan baharu sudah bermula. Saya berterima kasih kepada semua yang telah mendoakan kami. Semoga Allah SWT memberkati kita semua,” katanya.

Sekitar majlis pernikahan bekas suami Irma Hasmie, Redza bersama Fiza.

Redza berkongsi gambar dari majlis perkahwinannya dengan Nur Hafiza Mohd Salim melalui Instagram pada hari Ahad.

Majlis tersebut dipercayai berlangsung pada 20 April lalu.

Anak-anak Redza dari perkahwinan sebelum ini turut hadir dalam majlis tersebut.

Artikel berkaitan : Menjulang Nasihat Bijak Datuk Red – “Cukup Beristeri Satu, Jangan Kahwin Dua!”

Redza turut berkongsi bahawa hubungan mereka telah mendapat restu daripada kedua-dua belah pihak keluarga.

Beliau juga berkongsi gambar dari majlis pertunangan mereka.

“Penyatuan dua keluarga. Keluarga telah merestui perhubungan ini. Let’s make it proper,” katanya lagi.

Sebelum ini, mStar menerima dua set gambar perkahwinan pasangan tersebut yang dihantar oleh kenalan rapat pasangan itu.

Foto pasangan itu bersama anak-anak.

Pada Ogos 2023, terdapat desas-desus mengenai masalah dalam rumah tangga Irma Hasmie dan Redza kerana jarang terlihat bersama dalam gambar.

Semasa ditemubual dengan media, Irma enggan mengulas andaian tersebut dan berharap agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi mengenai perkahwinannya.

Irma dan Redza telah bernikah pada tahun 2012 dan dikurniakan dua orang anak.

@ohbulanofficialSuami Irma Hasmie, Redza Syah Azmeer telah sah berkahwin menerusi perkongsiannya di IG. Kita doakan yang baik2 buat mereka 🤲🏻🥺 #ohbulan #sembangentertainment #suami #irmahasmie #redzasyahazmeer #kahwin♬ Kamu Dan Kenangan – Shanna Shannon

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!
Scroll to Top