Datin Patimah Ismail Bawa Diri ke Sekolah Pondok, Perjuangan Datuk Yusof Haslam Membuktikan Kesetiaan

Datin Patimah Ismail Bawa Diri

Dalam industri hiburan yang sarat dengan pelbagai gosip dan spekulasi, kadangkala kebenaran seringkali terselindung di sebalik khabar angin yang tidak berasas.

Namun, cerita yang dikongsikan Datuk Yusof Haslam ini,  membuktikan bahawa kesabaran dan kejujuran mampu mengalahkan segala tuduhan palsu.

Bermula dengan sebuah khabar angin yang menyatakan Datuk Yusof telah curang terhadap Datin Patimah Ismail, pasangan ini terpaksa menempuh satu perjalanan yang penuh dengan cabaran dan pengajaran berharga.

Menurut Datuk Yusof, tuduhan tersebut tidak berasas dan hanyalah hasil daripada fitnah yang disebarkan.

” Saya tidak curang, ia hanya khabar angin! ” tegas Datuk Yusof.

Beliau menjelaskan lagu “Permata Untuk Isteri” nyanyian kumpulan Kopratasa mempunyai makna yang amat mendalam baginya dan isteri.

Ini kerana peristiwa yang tidak dapat dilupakan itu telah menguji ketahanan rumah tangga mereka.

Akibat daripada khabar angin yang tidak benar, Datin Patimah mengambil keputusan untuk menghilangkan diri selama sebulan tanpa sebarang khabar berita.

Datuk Yusof berkata, ketika itu, beliau dan keluarga benar-benar buntu kerana tidak tahu ke mana Datin Patimah melarikan diri.

Malah, telefon bimbit pun tidak dibawanya.

” Sudahlah ketika itu anak-anak masih kecil dan kami baru saja pindah ke rumah baru, ” ujar Datuk Yusof.

Namun, beliau nekad untuk mempertahankan rumah tangga mereka walaupun menghadapi pelbagai dugaan.

Lagipun, Datuk Yusof menegaskan beliau tidak melakukan sebarang kesalahan besar atau benar-benar curang.

Sebaliknya, beliau hanya menerima banyak surat layang yang menyebabkan timbulnya khabar angin.

“Sepanjang ketiadaan isteri, sayalah yang menguruskan anak-anak bersama pembantu peribadi,” ujarnya.

“Nak dijadikan cerita, satu hari ketika saya selesai solat Subuh dan duduk di balkoni rumah, saya terdengar lagu Permata Untuk Isteri dari pondok keselamatan,” kenangnya.

“Tanpa saya sedar, air mata saya berguguran jatuh dan lagu itu begitu menyentuh jiwa saya,” katanya dengan nada pilu.

Hasil bantuan bapa mentuanya, Datuk Yusof akhirnya berjaya menemui keberadaan Datin Patimah.

Datuk Yusof menjelaskan, “Memujuk dan meyakinkan Datin Patimah untuk pulang ke rumah tidak mudah.

Tetapi saya tetap bertegas dengan pendirian saya bahawa saya tidak pernah melakukan sebarang perbuatan yang tidak baik di belakang isteri saya.”

Datin Patimah pula mengakui bahawa insiden tersebut telah memberi banyak pengajaran dalam hidupnya.

Beliau menyedari bahawa rata-rata tenaga pengajar di sekolah pondok tempat beliau mendalami ilmu agama memiliki dua atau tiga isteri, sedangkan beliau hanya mendengar gosip dan terus melarikan diri.

” Alhamdulillah suami saya mempunyai kesabaran yang tinggi walaupun dia nampak agak panas baran tapi hatinya cukup lembut dan penyayang, ” ujar Datin Patimah dengan penuh rasa syukur.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*