Atikah Suhaime Dapat Hadiah Kereta Mewah – “Masalahnya Saya Tiada Lesen..”

Atikah Suhaime Dapat Hadiah

Pelakon kelahiran Singapura, Datin Atikah Suhaime seronok dimanjakan suaminya, Datuk Lokman Teh, apabila baru-baru ini telah menerima hadiah sebuah kereta mewah terpakai (second hand).

Meskipun menerima kereta terpakai, Atikah atau nama penuhnya Nur Atikah Mohd Suhaime, 33 tahun, tetap gigih untuk membuatkan kenderaan tersebut kelihatan baru dengan ‘mencantikkan’ bahagian luarannya.

“Suami saya belikan kereta terpakai. Walaupun terpakai, saya nak pastikan ia kelihatan baru.”

ARTIKEL BERKAITAN : Geng Honda Jazz Masak dan Berkelah di Stesen Minyak Genting Highlands

“Jadi saya bawa untuk ‘facial’ – Iyalah, kalau kulit saya licin, permukaan kereta juga kena licin dan kecilkan pori-pori.”

“Bawa pergi polishing and coating kalau nak kereta nampak seperti baru,” ujar Atikah dengan penuh semangat.

Menariknya, Atikah mengakui dia tidak mempunyai lesen memandu sehingga kini.

“Satu-satunya masalah ialah saya tidak mempunyai lesen memandu,” akunya dengan jujur.

Namun, hal ini tidak menghalang Atikah daripada menikmati kereta pemberian suaminya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen tumpang gembira dan menyifatkan Atikah sebagai seorang yang sangat merendah diri.

Sebelum ini, Atikah pernah memberitahu dia tidak kisah sekiranya dikongkong oleh Lokman, asalkan dia menerima layanan istimewa dan dimanjakan suaminya.

Pasangan ini baru sahaja melangsungkan perkahwinan dalam sebuah acara tertutup pada 21 Januari yang lalu.

-Walaupun hanya sebuah kereta terpakai, Atikah Suhaime tetap gembira dan berterima kasih dengan hadiah istimewa dari suaminya, Datuk Lokman Teh.-

Sumber : Kosmo

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*