Wanita terkilan dengan “SOP” klinik kerajaan, anak 0KU meninggal selepas alami cirit-birit 21 kali

Assalamualaikum..
Post saya ini bukanlah utk menyalahkan Mana Mana pihak , Nak Nak lagi memburukkan agensi klinik kerajaan , saya Tak dendam , saya MARAH saya TERKILAN ..

sesungguhnya kesemua ini adalah Salah Dan silap saya sendiri ..

anak saya telah mengalami cirit birit Dari tgh malam hingga ke pagi(1 Hari) sebanyak 21kali ..

Pada Hari rabu 12/7/2023 saya telah bawak anak saya ke KLINIK KESIHATAN LURAH BILUT pada pukul 11.30 tgh Hari utk mendapatkan rawatan di sana, saya memberitahu anak saya mengalami cirit birit sebanyak 21 kali Dan pada ketika itu saya juga memberitahu doktor tersebut bahawa kekerapan anak membuang air besar pada ketika itu sangat banyak iaitu 21kali.

Dari awalnya kuantiti najis yang dikeluarkan banyak Dan semakin lama semakin sedikit ..

saya juga turut memberitahu doktor bahawa anak saya tidak aktif seperti kebiasaan ..

doktor sedia maklum mengetahui anak saya seorang OKU yang mempunyai masalah GDD ..

doktor mesti tahu kalau budak Macam ni Kena jangkitan berapa teruk blh jadi ..

tapi lgsung xalert .. saya jugak turut memberitahu doktor anak saya demam Dan pada ketika itu doktor mengatakan anak saya tidak mengalami demam kerana suhu telah di ambil di luar terlebih dahulu ..

setelah diperiksa mulut Dan berapa bahagian seperti kulit, perut , doktor tersebut mengatakan anak saya tiada tanda “dehydrated” ..

Dan keadaan die ketika itu DIKATAKAN OK. Doktor telah memberi kan anak saya ubat air garam 3 sachet Dan saya turut meminta ubat demam kepada beliau.

Saya turut bertanya adakah anak saya “KENA KERACUNAN MAKANAN”? Dan beliau berkata “YA” “MUNGKIN”..

Pada ketika itu saya rasa agak risau kerana mata dah Mula kelihatan tenggelam ..

saya sedikit kecewa kerana saya mengharapkan refer ke hospital ataupun darah diambil tetapi “TIADA”

Sebaik keluar daripada klinik .. apabila di dalam kereta , saya melihat kaki anak kemerahan berbintik sambil berfikir “takkan la doktor tu Tak nampak kaki anak aku” , mata pon cengkung kedalam ..

walaupun mengenangkan ayat dia yg mengatakan anak saya ok TIADA TANDA KERING ..

saya rasa tidak berpuas Hati Dan tanpa berlengah saya terus pergi ke klinik swasta klinik hijraa di bentong untuk dapatkan rawatan Dari doktor lain.

Sesampai disana , sy menceritakan keadaan yg sama apa yg saya ceritakan pada doktor sebelumnya ..

dan keadaan anak saya di klinik itu masih sama dgn di bilut cuma suhu diambil suhu anak saya adalah 40.1 ..

Dan Dr tersebut sangat alert dgn keadaan mata anak saya yg kedalam yg nampak seperti ada tanda dehydrated , doktor tersebut menyarankan saya untuk mengambil darah anak untuk melihat sama ada , ada virus ataupun jangkitan.

Selepas result darah keluar , doktor disitu terus memberi surat refer untuk admit ke hospital kerana bacaan darah putih terlalu tinggi memandangkan pada Masa yang sama doktor tersebut alert dengan keadaan anak saya yang nampak tidak aktif ..

dalam pukul 3ptg saya bawak anak saya ke emergency hospital bentong dalam keadaan sudah lembik Dan tidak sedarkan diri.HANCUR HATI SAYA DOK USUNG ANAK KE EMERGENCY DALAM KEADAAN LEMBIK MCM SAYUR ..

Sebaik sahaja saya sampai anak saya terus diintubated , ditidurkn Dan keadaanya sangat kritikal dalam badan AIR KERING .. Dan pada Hari yang sama anak saya dihantar ke nicu hospital temerloh.

Pada 14july2023 saya telah kembali ke klinik untuk mendapatkan penjelasan doktor tersebut mengenai apa yg dia diagnosis anak saya.

Saya sangat terkilan bila Mana dia menjawab bahawa prosuder klinik kerajaan keadaan anak ketika itu tidak memerlukan darah untuk diambil (berdasarkan keadaan Nadi, bacaan oksigen pada Masa itu ok .

anak pertama saya terkena cirit birit pada tahun 2017 bawak di klinik kerajaan berak kurang Dari 21 pon Dr diklinik kesihatan di bentong mintak untuk darah diambil.tak tahu pulak prosuder skrg dh lain ..

Kalau benarlah itu prosuder klinik kesihatan kerajaan sekarang Saya sangat HAMPA! 21 kali tu mgkin tidak dipandang Serius ..

Saya juga turut mempersoalkan keadaan mata anak saya ketika itu sudah tenggelam tetapi die Kata dia Tak nampak Dan asyik mengulangi dia sudah memegang anak saya sebanyak dua kali ..

die ada mengatakan antibiotics tidak diperlukan , point saya sekarang bukanlah antibiotics.. cuma saya terkilan kenapa discharge kan anak saya hanya berbekalkan 3 schet air garam tanpa darah diambil , dalam keadaan sy dah SEBUT ANAK SAYA TIDAK AKTIF seperti kebiasaan ..

Saya seorang manusia Tak Lepas Dari perasaan Tak puas hati Dan rasa kalau lah waktu tu Dr alert dgn keadaan anak sy , at least ambil darah die , die xmgkin akan mengalami keadaan seperti skrg .. tp itu lah kalau Nak cerita pasal “KALAU” ..

KESILAPAN TERBESAR SAYA ADALAH SAYA PERGI KE TEMPAT YANG SALAH DAH INI YANG SANGAT SAYA KESALKAN SEHINGGA SEKARANG ..

Buat encik doktor ..

Saya TERKILAN .. Dari saya keluar bilik jumpa Dr , smpai la sy terus ke klinik lain nthen ke hospital bentong .. anak saya jadi kritikal dalam ANGGARAN Masa 3 jam je .. Dan Dr sendiri pon xkn pernah jangka bukan ? Saya TERKILAN ..
mcm saya ckp dgn doktor ..

Saya ni bodoh , sebab tu saya perlukan orang yg pandai mcm doktor utk bantu rawat anak saya ..
Saya hilang senyuman anak saya hanya dalam Masa 1 Hari je ..

Dan pada Hari ini ank saya telah kembali kepada pencipta .. anak sy telah menghembuskan nafas yg terakhir pada Hari isnin 09.34 am

Saya harap penulisan saya ini sampai ke Dr amar klinik kesihatan lurah bilut

Andai ada lg insan malang seperti anak saya dpt kan rawatan dgn Dr .. tolong la alert dgn keadaan patient nak2 lg patient yg mmg tk normal mcm org lain ..
Anakku umair ..
Awk anak lelaki Erma yg hebat
..
Dan awk anugerah yg indah yg Allah berikan yg saya gagal menjaga dgn baik ..

Terima kasih kerana sudi hidup Selama 2y6m walaupun saya masih mahu inginkan awk dlm kehidupan saya .. saya sgt redha tapi saya perlukan Masa utk pulihkan jiwa sy yg sedang rapuh ..

Alfatihah anakku si pejuang kecilku yg hebat
..
Awak tk kalah . Awk dh menang dlm perjuangan ini .. rehat la pejuang kecilku ..

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*