[Video] ‘Saya Wajib Buat Susu, Pasang Kartun & Pakaikan Lampin Sebelum Tidur’ – Isteri Dedah Suami Ada ‘Fetish’ Aneh

Menerusi program ‘Realiti’ episod keempat ‘Bahana Fetish Adult Baby Diaper Lover, Suamiku Bayiku’, seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Puan Alia tampil berkongsi mengenai masalah yang dihadapinya bersama suami tercinta.

Berperwatakan seperti seorang bayi

[Video] ‘Saya Wajib Buat Susu, Pasang Kartun & Pakaikan Lampin Sebelum Tidur’ – Isteri Dedah Suami Ada ‘Fetish’ Aneh

Menurut Puan Alia, dia sudah berumah tangga hampir enam tahun dan masih belum dikurniakan cahaya mata. Sebagai seorang isteri, Puan Alia memberitahu bahawa suaminya mempunyai ‘fetish’ yang pelik. Ujar Puan Alia, suaminya mempunyai sindrom ‘Adult Baby Diaper Lover’.

Umur saya 29 tahun. Saya bekerja sebagai drop shipper, saya jual pakaian muslimah melalui online. Saya dah berumah tangga dengan suami saya hampir 6 tahun juga la. Kami belum ada rezeki untuk dikurniakan seorang anak lagi. Saya tak tahu sama ada orang luar tahu atau tidak, tentang ni, tapi suami saya ada sindrom Adult Baby Diaper Lover.

Tabiat ini is when seorang dewasa dia suka berperwatakan seperti seorang bayi. Macam kalau masa yang dia rasa dia nak dia akan suruh saya pakaikan lampin untuk dia. Bila lampin tu dah penuh dengan kencing, berak dia dia suruh saya tukarkan dengan lampin yang baru.

Dan kalau dia nak tidur, dia mesti wajib untuk saya buat susu untuk dia, susu panas sambil pasangkan kartun favourite dia.

Bercerita lebih lanjut, Puan Alia berkata suaminya sudah bercakap mengenai hal tersebut di awal perkahwinan.

Pada awal perkahwinan dia ada sebut perkara ni, dia macam dia cakap minat jadi bayi. Tapi, untuk saya sebagai pasangan dia of course saya ingat macam okay kita sebagai pasangan, bermanja lah kan? Tapi saya tak sangka se-ekstrem ni dan se-detail ni dia punya perkataan ‘baby’ tu.

Pada tahun pertama tu dia cuma hanya minta-minta kosong. Macam pakaikan diapers untuk dia. Tapi dia masih tak tekankan untuk saya buat benda tu. Sampailah lepas tahun pertama tu, dia dah mula beli diapers, beli botol susu, alat-alat kelengkapan keperluan bayi dan ada masa dia akan paksa saya untuk pakaikan dia lampin, dan mandikan dia. Kalau saya tak nak buat benda tu, dia akan merengek macam seorang bayi.

Disoal tentang bagaimana cara Puan Alia menolak permintaan suami, wanita itu berkata dia terpaksa menuruti permintaan tersebut.

Dia perlu benda tu, untuk kebahagiaan dia. Suami saya adalah seorang cikgu sekolah. Dah hampir 10 tahun dia bekerja sebagai cikgu sekolah. Kalau dekat luar, dia macam orang yang lain. 100% berubah.

Kalau dengan kawan-kawan dia atau tempat kerja dia, orang akan sangka dia adalah suami yang sangat manly, sangat sempurnalah. Tapi bila dekat rumah, saya je yang nampak benda tu.

Sbagai seorang suami dia sangat jaga nafkah saya, makan minum saya, perasaan saya, tapi bab sindrom tu sahaja yang buat saya rasa macam tak sesuai untuk kehidupan saya sebagai seorang isteri.

Di akhir temu bual, Puan Alia berharap suaminya berubah dan menjadi seperti normal tatkala berada di rumah.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*