[Video] Pencari madu maut tersangkut pokok tualang

Seorang pencari madu lebah ditemukan maut selepas dipercayai tersangkut di atas pokok tualang setinggi kira-kira 24 meter di Kampung Chabang Tungkak, Pasir Puteh, tengah hari tadi.

Pengarah Bomba Kelantan, Zainal Madasin berkata seramai 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh dan Machang bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.09 tengah hari.

Bomba Bantu Turunkan Jenazah Lelaki Maut Ketika Cari Madu

Seorang warga emas yang bekerja sebagai pencari madu lebah ditemukan maut di atas pokok tualang di Kampung Cabang Tungkat, Bukit Lapan, di Paser Putih Kelantan semalam.

Beliau tidak sedarkan diri ketika berada di atas pokok setinggi kira-kira 60 meter untuk mendapatkan madu.

Video: Sosial Media

#MalaysiaGazette #MGNews #carimadu #madutualang #mautketikacarimadu #JBPM

Posted by Malaysia Gazette on Monday, July 3, 2023

 

 

Beliau berkata sebaik tiba, lelaki berusia 62 tahun itu didapati tidak sedarkan diri di atas pokok berkenaan.

“Lelaki itu berjaya dibawa turun pada pukul 7.20 malam tadi dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan,” katanya dalam kenyataan.

Zainal berkata mayat diserahkan kepada pihak polis pada pukul 8.12 malam untuk siasatan lanjut.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*