[Video] Adlin Aman Ramli persoal gelaran dibawa Ustaz Tido – “Mana kau dapat?”

Baru-baru ini, tular satu video di aplikasi TikTok memaparkan pelakon Adlin Aman Ramli mempersoalkan tentang gelaran ustaz yang dibawa oleh seorang lelaki dikenali sebagai Ustaz Tido dalam sebuah sesi siaran langsung.

Menerusi akaun @malaysiakantoi, pelakon berusia 51 tahun itu bertanyakan mengenai tahap pendidikan agama Ustaz Tido atau nama sebenarnya Khailil Razak kerana dipercayai aktif menyampaikan motivasi di media sosial.

@malaysiakantoiUstaz Tido menerima kecaman netizen. Pelakon Adlin Aman Ramli turut sekolahkan Ustaz Tido atas gelaran ‘ustaz’ yang dibawanya menjadi sangsi terhadap netizen hanya ingin membawa kepada keuntungan peribadi. #berita #news #trending #malaysiakantoi #kantoi #viral #masukberanda #fyp #fyp #terkini #masukberanda♬ Oh No – Kreepa

“Gelaran ustaz ni mana kau dapat? Sekolah agama mana? Sekolah rendah ke menengah? Tahap apa sekolah agama sampai bawa gelaran ni?
“Apesal muka bongkak sangat? Jawablah baik-baik. Jawab cara yang bersesuaian dengan gelaran,” tanya suami kepada aktres, Emelda Rosmila itu.

Ustaz Tido yang juga usahawan menjawab, dia mempunyai kelulusan sijil ‘Thanawi’ daripada sebuah sekolah agama di Johor sekali gus mengaku dirinya layak bagi membawa gelaran tersebut.

“Saya sekolah agama Johor, tak payah tahu la (nama sekolah). Thanawi… iyelah, yelah (mengiyakan gelaran),” jawabnya berselang-seli dengan pertanyaan daripada Adlin.

Meninjau di ruangan komen, netizen memberikan pendapat masing-masing sama ada negatif mahupun positif berhubung gelaran yang dibawa Ustaz Tido.

Ada juga yang berani tegur

[Video] Adlin Aman Ramli persoal gelaran dibawa Ustaz Tido – “Mana kau dapat?”

Asalkan tak bercanggah dengan ajaran, okey je

[Video] Adlin Aman Ramli persoal gelaran dibawa Ustaz Tido – “Mana kau dapat?”

Dulu kenal sebab gaya cakap macam Ebit Lew

[Video] Adlin Aman Ramli persoal gelaran dibawa Ustaz Tido – “Mana kau dapat?”

Dulu selalu beri sedekah, masuk TikTok dah lain pula

[Video] Adlin Aman Ramli persoal gelaran dibawa Ustaz Tido – “Mana kau dapat?”

Doakan yang baik-baik je

[Video] Adlin Aman Ramli persoal gelaran dibawa Ustaz Tido – “Mana kau dapat?”

Walau bagaimanapun, beberapa individu mengatakan bahawa kedua-dua lelaki terbabit hanya berseloroh antara satu sama lain berdasarkan tontonan penuh siaran langsung berkenaan.

Diorang bergurau je tu

[Video] Adlin Aman Ramli persoal gelaran dibawa Ustaz Tido – “Mana kau dapat?”

Sebelum ini, seorang individu bernama Aliff Ahmad membuat satu pendedahan mendakwa bahawa Ustaz Tido bukanlah seorang ustaz sebaliknya menggunakan gelaran berkenaan sebagai ‘marketing’ bagi tujuan tertentu.

Sumber: TikTok @malaysiakantoi, Facebook Aliff Ahmad

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*