Tunjuk jari telunjuk bermaksud ‘Allah Yang Satu’… PU Riz pesan ikut trend jangan sampai persenda agama

PENDAKWAH selebriti Pencetus Ummah (PU) Riz menasihati orang tidak menjadikan trend bergambar sambil menunjukkan jari telunjuk sebagai bahan gurauan sehingga mempersendakan agama.

Kata Riz atau Muhammad Haris Mohd Ismail, 28, simbol jari berkenaan merupakan tanda Allah itu satu dan tidak boleh digunakan untuk tujuan membawa maksud lain.

“Apa-apa yang berkait dengan agama kita tidak boleh persendakan, agama ini diseru dengan kemuliaan dan juga atas ilmu.

“Kalaulah satu orang buat macam ini (tunjuk jari telunjuk) kita atahiyat pun angkat jari telunjuk, kita disunatkan melakukan itu untuk tunjukkan bahawa Allah itu satu.

“Kalau ada orang yang buat dengan tujuan dan maksud lain, itu bukan kerana agama tapi diri mereka sendiri,” jelasnya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*