Suami umur 62tahun, Wanita trus dihlna bila hamil. Tk cukup dgn itu wanita ini dedah ini pula

Suami umur 62tahun, Wanita trus dihlna bila hamil. Tk cukup dgn itu wanita ini dedah ini pula

MEMILIKI Iebih 230,000 pengikut di aplikasi TkTok, content creator siti Nur Nashrah atau Nashkay pastinya sudah terbiasa berdepan dengan pelbagai komen netizen.

Terbaharu, Nash, 30, yang sedang hamil anak ketiga mendedahkan dia turut menjadi mangsa penghinaan segelintir netizen kerana suaminya kini berusia 62 tahun.

“Wohoo dah mengandung isteri dia. Kuat juga si tua ganyut ni. Ingat dah tak boleh pakai lagi (tak bernafsu). Wah padanlah seri aje isteri atuk ni. Apa tak vitamin A to Z dah masuk. Itulah bertenaga buat TkTok kan.

Antara komen penghinaan yang diterima Nash dan suaminya. “Dia gunakan atuk ini cari side line income, takut-takut bila matl tak dapat harta kerana si tua ini ada anak, mana mereka nak kasi harta pada gold digger ini kan.

“Kesian tengok si tua ganyut Iayankan isteri yang cari peluang cari duit sebelum si tua ini mati kan,” tulis seorang wanita menerusi Facebook.

Suami umur 62tahun, Wanita trus dihlna bila hamil. Tk cukup dgn itu wanita ini dedah ini pula

Mengulas hal itu, Nash berkata penerimaan masyarakat di laman TkTok jauh berbeza dengan Facebook, namun dia tidak terlalu terkesan dengan penghlnaan yang dilemparkan.

“Saya sekarang sedang hamil tujuh buian setengah. Netizen di Facebook kecam kerana jarak usia 32 tahun antara kami. Komen-komen di TkTok semua okay, masuk Facebook dapat banyak kecaman.

“Saya sebenarnya scroll laju-laju komen di Facebook sebab dah tahu kebanyakannya negatif.

Tapi kali ini, ia masuk dalam notification. Saya terbaca. Mula-mula menyirap juga. Tapi saya kena faham, sebab saya yang buat video,” ujarnya yang menetap di Kuantan, Pahang.

Bercakap kepada mStar, Nash berkata dia tidak kisah jika ada yang mahu memberi nasihat, namun berharap is disampaikan dengan beradab dan sopan.
“Biasanya kalau nak nasihat, Iebih baik mesej secara personal. Kita kena jaga adab dalam menaip.

Lepas tu, apa yang anda tonton di media sosial tidaklah menggambarkan keseluruhan hidup saya.

“Dulu mungkin saya meroyan benda macam ni. Tapi sekarang saya banyak ikut perangai suami. Saya jadi matang kerana suami. Dia suruh abaikan perkara negatif. Jadi saya pun abaikan juga,” ujarnya yang baru setahun bergelar content creator.

Bercerita tentang dirinya dan suami, Nash berkata dia pada awalnya turut menerima tentangan keluarga dan rakan-rakan.

Namun, pandangan skeptikal mereka berubah selepas mengenali hati budi suaminya sehinggalah mereka mendirikan rumah tangga pada tahun 2011. Nash bersama keluarganya.

Suami umur 62tahun, Wanita trus dihlna bila hamil. Tk cukup dgn itu wanita ini dedah ini pula

“Awal-awal dulu memang ramai tak sokong. Keluarga pun tak okay pada awalnya. Sama juga dengan kawan-kawan. Mereka kata jarak umur jauh sangat. Tapi lama-lama mereka kenal, mereka semua boleh terima.

“Saya dan suami pada awalnya tak bercinta pun. Kami cuba berkenalan di sebuah acara. Selepas dah berkawan, baru rasa serasi. Saya memang tak terfikir akan kahwin dengan orang yang jauh lebih berusia.

“Sama juga dengan suami. Dia sendiri tak sangka akan kahwin dengan orang yang lebih muda daripadanya. Pada saya, ini semua jodoh ketentuan Allah.

“Cuma kalau nak kahwin dengan pasangan yang jarak umurnya jauh, mental kena kuat. Hati tisu tak boleh. Tapi selagi kita bahagia, pilihan itu betul, teruskan saja,” ujarnya lagi.

Sumber : mstar

2 Comments

  1. Alhamdulillah saya doakan semoga bahagia dan berkekalan hingga ka Jannah..insya’ALLAH 🤲🤲🤲 Aamiin 🤗🤗🤗

  2. Saya berumur 62 & isteri 49(tak mcm 49) sablum bernikah dgn isteri..😭😭😭 isteri saya yg mula2 dijemput ALLAH Dan saya tahu yg Arwah saya ALLAH janjikan SYURGA langsung kepada nya 🤲🤲🤲 dia juga isteri yg baik 🤲🤲🤲👍👍👍

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*