Skandal Rumah Tangga Selebriti: Ali Puteh Doakan Kebahagiaan Abby Abadi

Isu keretakan rumah tangga seorang wanita akibat orang ketiga melibatkan anak pasangan selebriti telah menjadi tumpuan utama media termasuk rakan-rakan selebriti.

Keadaan bertambah hangat apabila anak pasangan selebriti tersebut tampil mengaku bersalah atas perbuatannya sehingga ramai terkedu kerana tidak menyangka di usia yang masih remaja sudah terlibat menjalinkan hubungan dengan suami orang.

Pelawak terkenal, Ali Puteh atau nama sebenar, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 34, turut tampil dalam kontroversi ini dengan mengeluarkan kenyataan ringkas, mengharapkan kebahagiaan buat keluarga Abby Abadi

“2020 berlalu, kini 2023. Moga baik sahaja buat keluarganya.

“Kadang-kadang terlalu sibuk kain orang, kain sendiri terbuka,” tulisnya dalam kapsyen gambar di Instastory semalam.

Dua gambar tersebut menunjukkan keratan laporan berita yang mengutip kenyataan Abby Abadi berhubung isu Ali Puteh dengan kakak iparnya. Di mana, Abby mengatakan dia tetap memberikan sokongan kepada balu arwah Abam dalam isu terbabit.

Manakala gambar kedua laporan berita terkini berhubung kes yang membabitkan anak selebriti berkenaan, Marissa Dania Hakim, yang didakwa menyondol suami orang sehingga pasangan itu bercerai berai.

Sumber: Instagram Ali Puteh

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*