Skandal Rumah Tangga Hana Ismail: Fitnah Kes Rogol Suami Menggoyahkan Kebahagiaan

Disebabkan  fitnah mengenai kes rogol suaminya yang sering menjadi tajuk utama di kalangan peminat dan media sosial serta ditambah pula apabila kegugurannya dikatakan sebagai kifarah, pengacara Hana Ismail akui bahawa isu tersebut telah memberi tekanan dan menggoyahkan kestabilan rumah tangga mereka.

Hana Ismail, dalam satu temu bual eksklusif dengan media, mengakui bahawa perkara yang telah berlaku memberikan impak besar terhadap rumah tangga sehingga menimbulkan syak wasangka dalam hubungannya bahkan turut berlaku pergaduhan di antara mereka berdua.

“Disebabkan isu tersebut, saya memang duduk dan bertafakur dan bermuhasabah sendiri. Hakikatnya semua rumah tangga memang ada ujian…” – Hana Ismail

Sementara itu,, Da’i Syed turut memberikan pandangan dengan mengucapkan rasa syukur kerana dikurniakan isteri yang solehah dan selalu memberikannya sokongan, semangat dan motivasi. Beliau menambah, ketika memutuskan untuk menghalalkan hubungan mereka, beliau sendiri bertanya kepada bapa Hana dan berbincang mengenai isu kes mahkamah yang belum selesai.

“Alhamdulillah ayah dia restui perkahwinan kami. Jadi, kami kahwin. Tiba-tiba tup tup ada lagi fitnah…” – Da’i Syed

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Official Hlive (@officialhlive)

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*