Skandal Marissa Dania Hakim: Pengakuan Anak Norman dan Abby

Kontroversi melibatkan ANAK kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim, Marissa Dania kini menemui titik noktah, apabila remaja berusia 18 tahun itu akhirnya bersuara memberikan penjelasan selepas dikatakan menjadi orang ketiga dalam hubungan bekas kekasihnya yang dikenali sebagai Aslam.

Mengakui kesilapan diri, Marissa Dania Hakim, 18, turut menegaskan tidak semua cerita tular tentang dirinya itu adalah benar.

Dalam kenyataannya, Marissa dengan tegas mengaku salah dan menekankan bahawa ada kebenaran dan ketidakbenaran dalam cerita yang tersebar luas mengenainya.

“Saya mengaku salah. Apa yang tular dan dikatakan ada yang benar dan ada juga yang tidak benar. Tidak adil untuk mendengar kenyataan sebelah pihak sahaja.

Skandal Marissa Dania Hakim: Pengakuan Anak Norman dan Abby

“Antara saya dan pihak yang membuatkan cerita viral sudah tiada kaitan. Cukuplah semua kenyataan yang dikeluarkan untuk memberitahu satu dunia bahawa saya bersalah,” katanya menerusi Instagram.

Pada Jumaat, nama Marissa menjadi perbualan hangat di media sosial sehingga trending di aplikasi X selepas seorang wanita bernama Misya mendedahkan anak pasangan pelakon itu adalah orang ketiga yang menyebabkan tangga Aslam dan bekas isterinya musnah.

Dalam pada itu, Marissa menegaskan hubungannya dengan lelaki berkenaan sudah berakhir.

Marissa turut menafikan dakwaan bahawa pernah keluar bersama bagi meraikan perceraian Aslam dengan bekas isterinya.

“Antara saya dan Aslam, mungkin ramai yang membuat andaian terhadap kami. Tetapi cukuplah saya dan Aslam sahaja tahu daripada mula sehingga ianya berakhir.

“Saya ingin beritahu, saya dan Aslam tidak pernah raikan apa-apa selepas mereka pulang dari mahkamah seperti yang ditulis,” ujarnya.

Dalam masa sama, Marissa juga menasihati orang ramai untuk berhati-hati dalam membuat andaian sehingga perkara tersebut boleh menimbulkan fitnah terhadap dirinya.

“Saya tidak boleh menutup mulut orang. Jadi jaga mulut kalau rasa nak berkata-kata. Jangan sampai jatuh fitnah atau menghina orang lain.

Skandal Marissa Dania Hakim: Pengakuan Anak Norman dan Abby

“Ibu bapa saya sudah memberikan yang terbaik dan semua berlaku ini atas pilihan saya sendiri.

“Biar saya yang bersihkan kesilapan saya ini, bukannya ibu bapa saya,” jelasnya.

Selain pendedahan sebagai pengganggu rumah tangga, Misya menerusi akaun X miliknya turut mendakwa Marissa dan Aslam pernah menginap di sebuah hotel bersama dan perkara itu diketahui melalui notifikasi tempahan di emel. Namun, Marissa tidak memberikan komen lanjut mengenai perkara ini.

Skandal ini terus menjadi tajuk utama dalam dunia hiburan dan media sosial, sementara pihak berkenaan terus mengemukakan pandangan dan penjelasan masing-masing dalam usaha untuk menyatakan perkara sebenar.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*