Shuib hilang sabar, minta individu fitnah diri & arwah Siti Sarah bersemuka

Pelawak dan penyampai radio, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad meluahkan rasa berang terhadap satu kenyataan berbaur fitnah dan hinaan terhadap dirinya termasuk arwah isteri, Alllahyarham Siti Sarah Raissuddi n.

Shuib berkata, dia sudah lama bersabar dengan individu yang tergamak melemparkan fitnah melampau terhadap dirinya selain mengaitkan arwah isterinya dalam satu hantaran di laman Facebook tempoh hari.

“Assalamualaikum, banyak hari saya sabar. Hari ini saya terpanggil untuk berkenalan dengan mamat ini, yang mana tulisannya terlalu hebat dan berani,”luahnya kesal.

Shuib hilang sabar, minta individu fitnah diri & arwah Siti Sarah bersemuka

Oleh itu, pelawak berusia 38 tahun itu berminat untuk berkenalan dan bersua muka dengan individu terbabit bagi mengetahui lebih lanjut mengenai perkara-perkara diketahui selama ini.

“Kenapa kau libatkan arwah isteri aku, Siti Sarah? Freemason? Apa yang kau tahu? Meh cakap depan-depan aku! 24 jam, cari aku!!! Lawyer tengah jalankan kerja, tunggu!!! Assalamualaikum,”tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Dalam hantaran yang sama di Instagram, Shuib turut memberi tempoh masa selama 24 jam kepada individu berkenaan untuk tampil bersemuka. Malah, dia juga telah mengambil tindakan undang-undang melalui peguam yang dilantiknya.

Shuib juga meminta orang ramai yang mengenali individu terbabit untuk memaklumkan kepadanya selain berharap agar pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) pemilik akaun tersebut.
Shuib hilang sabar, minta individu fitnah diri & arwah Siti Sarah bersemuka

Sumber: Instagram @shuibsepahtu

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*