Setahun Bermasalah, Penyanyi Terkenal Sah Bercerai Talak Satu

Setahun Bermasalah, Penyanyi Terkenal Sah Bercerai Talak Satu

Penyanyi rap, Madrizal sah bercerai talak satu dengan isterinya iaitu Norfazilah Mohd Ali di Mahkamah Rendah Syariah Ampang, Selangor pada Selasa.

Lafaz dibuat dihadapan Hakim Syarie Siti Rashidah Sarkom pada jam 12:48 tengah hari.isteri mengambil keputusan itersebut atas alasan tidak ada lagi wujud persefahaman selain berhadapan dengan konflik rumah tangga yang berpanjangan.

Dalam pada itu, Madfaizal atau nama sebenarnya Mohammad Rizai Shah Abdul Jayalani, 29, berkata, bahawa penceraian adalah jalan terbaik untuk mereka.

“Kami telah cuba yang terbaik untuk berdamai tetapi masih tidak okay. Akhir sekali kami berbincang dan buat keputusan untuk bercerai.

“Tadi kami dah sah bercerai dengan talak satu,” katanya ketika ditemui Gempak.

Mengulas lebih lanjut, Madfaizal berkata salah faham antara mereka telah terjadi sejak setahun lalu.

Setahun Bermasalah, Penyanyi Terkenal Sah Bercerai Talak Satu

Setahun Bermasalah, Penyanyi Terkenal Sah Bercerai Talak Satu

Ditanya mengenai hak penjagaan anak, Norfazilah, 38, memberitahu bekas suaminya itu boleh datang bila-bila sahaja dan tiada apa-apa syarat dikenakan.

“Dia boleh datang sahaja bila-bila nak tengok anak, tiada sekatan apa-apa kita telah berbincang dengan baik,” ujarnya.

Untuk rekod, pasangan ini telah berkahwin pada 20 Mac 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Leylla Sha Qasandra, berusia satu tahun.

Madrizal yang juga anak didik Cat Farish mula terbabit dalam nyanyian pada 2015, dia dikenali dengan lagu Budak Baru Nak Up serta beberapa lagu lain antaranya Sembang, Potong Tang Corner, Celup dan Besar Kepala.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*