Saya tak halalkan.. – Anak Mona Fandey sedih ada pihak cuba dedahkan Wajahnya

Berikutan pendedahan anak tiri kepada arwah Mona Fandey yang dikenali sebagai Man berkongsi cerita tentang ayah dan ibu tirinya baru-baru ini, pelbagai pihak dilihat cuba untuk mencari maklumat peribadinya.

Terbaharu, Man meluahkan rasa kesal atas sikap sesetengah pihak yang tidak menghormati privasi diri dan keluarganya.

‘Saya tak halalkan’

Menerusi temu bual bersama TikToker Dya Mohamad, lelaki itu dengan nada kecewa berkata dia tampil membuka kisah kontroversi itu adalah kerana dia mahu menjelaskan hal sebenar.

Niat saya nak buat ‘live’ sebab nak jelaskan apa yang selama ini orang asyik cakap, orang ‘tanya betul ke itu, betul ke ini?’ Saya cuba jawab dengan cara yang tenang.

Korang nak apa sebenarnya dan nak tahu apa sebenarnya? Ada orang curi tajuk, ada orang curi video. Rasa tak berdosakah yang curi video dan ubah tajuk..macam tak nak tengok saya ini hidup tenang.

Saya cuba betulkan keadaan supaya anda semua tidak berdosa dan saya pun tak memihak kepada mana-mana pihak, saya cerita apa yang saya tahu.

Lebih parah lagi, dia mendakwa ada pihak yang cuba mencari gambar untuk mendedahkan wajahnya.

Ada yang sampai korek nak cari muka saya, nak sangat tengok muka saya kenapa? Ramai kawan-kawan yang mesej saya sebab mereka kenal suara saya. Ada kawan-kawan yang dah kenal saya tetapi masih kawan sehingga sekarang.

Bila dah tahu cukup sekadar tahu dan tak perlu layan saya ini macam saya minta simpati. Tak perlu kesiankan saya cuma nak perkara ini jelas, anda faham apa yang terjadi sudah cukup. Saya yang muncul kenapa nak seru nama adik beradik saya?

Saya tak puas hati ada orang keluarkan muka saya. Orang tak kenal pun kalau saya tak mulakan jadi orang bercerita pun melalui penceritaan saya juga.

Kalau keluarlah gambar saya, saya tak halal siapa yang post atau post yang Dya punya ubah tajuk atau ubah jalan cerita sampailah dia datang berdepan minta maaf.

Dalam pada itu, dia turut bersyukur kerana isteri dan keluarga mentua menerima dirinya walaupun sering dihimpit dengan pelbagai kritikan dan pandangan negatif orang.

Isteri saya terpaksa bekerja kerana saya mengalami ‘anxiety’. Dia menerima saya selepas dia tahu latar belakang saya. Mak mentua saya juga baik dengan saya, dia tak pernah anggap saya orang luar.

Lihat klip video di bawah:

 

@dyamohamad90share pada sesiapa yang perlu. dengar. dan faham. kesianlah pada anak2 arwah. nak korek paling cari balik gambar dah kenapa? kami live pon bersebab bukan nak cari publisiti. #korangkorangkejap #tiktokGuru #kisahBenar #kisahSeram #monafendy #jenayahMalaysia

♬ original sound – KakDya – CEO of korang2 kejap! – KakDya – CEO of korang2 kejap!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*