“Saya dari keluarga susah” – Yusof Haslam masih kuat kerja, belum sedia serah syarikat kepada anak-anak

“Saya dari keluarga susah” - Yusof Haslam masih kuat kerja, belum sedia serah syarikat kepada anak-anak

PENERBIT Datuk Yusof Haslam bimbang urusan syarikat tidak berjalan lancar jika dia memberikan tanggungjawab kepada anak-anak untuk menguruskan.

Mengulas mengenai perkara itu, Yusof atau Md Yusof Md Haslam, 69, berkata, cabaran industri perfileman hari ini membuatkan dia perlu mengambil kira pelbagai faktor sebelum membuat keputusan menyerahkan syarikatnya itu kepada orang lain.

“Kalau saya tinggalkan syarikat ini kepada mereka (anak-anak) saya bimbang kalau syarikat tidak boleh bergerak dengan lancar.

“Sebab kena ingat dalam pembikinan filem ini bukan sahaja untuk hasilkan filem atau berkarya sahaja tetapi perlu jaga soal bajet, soal pergerakan syarikat itu sebenarnya penting.

“Bukan semata-mata keluarkan filem dan berkarya kita perlu ada pelan sokongan,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*