“Saya belum pernah mimpikan dia..”

“Saya belum pernah mimpikan dia..”

PELAWAK dan penyampai radio Suria FM iaitu Shuib bersyukur dipertemukan dengan kanak-kanak perempuan mirip Allahyarham Siti Sarah yang dikenali sebagai Adik Miza.

Mengakui wajah Miza hampir sama dengan arwah isterinya itu, Shuib atau Shahmira Muhammad, 39, berkata pertemuannya dengan kanak-kanak itu sedikit sebanyak dapat mengubati kerinduannya kepada Siti Sarah.

Tambah Shuib lagi, sehingga kini dia masih belum bermimpi mengenai isterinya itu dan menganggap kehadiran adik Miza merupakan aturan oleh Allah SWT.

“Tak sampai sebulan lagi sudah masuk tahun kedua arwah Siti Sarah tiada, jadi Allah anugerahkan saya dapat lihat figura tu kat depan mata (adik Miza).

“Saya belum pernah mimpikan dia..”

“Sebab saya belum pernah mimpi Sarah sepangjang dia meninggalkan saya, sekali pun tidak pernah tetapi anak-anak dan keluarga saya rasa semua sudah mimpikan Sarah.

“Walaupun dia bukanlah Sarah (adik Miza) tapi itulah anugerah Allah berikan kepada saya untuk ubati kerinduan saya terhadap arwah,” katanya kepada mStar.

Kerinduan Raissuddin Hamzah terhadap arwah Siti Sarah akhirnya terubat apabila hasratnya untuk bertemu kanak-kanak yang dikatakan seakan-akan mirip Siti Sarah termakbul.

Melalui sebuah klip video yang dimuat naik isteri Raissuddin iaitu, Siti Fatimah Suberi atau lebih dikenali sebagai Makder memaparkan, detik-detik mereka berjumpa dengan kanak-kanak tersebut.

MasyaAllah, sama sangat dengan Sarah masa kecil-kecil,” katanya.

Jelasnya, mereka sanggup menempuh perjalanan jauh demi melunaskan hasrat Raissuddin.

“Rezeki dapat jumpa adik Miza. Tujuh jam perjalanan ke sini sebab suami nak sangat jumpa. Terubat rindu atuk,” katanya menerusi ruangan kapsyen.

Dalam video tersebut, Raisuddin dilihat gembira dengan pertemuan tersebut dan sempat mengambil beberapa gambar bersama kanak-kanak tersebut.

Dalam pada itu, Shuib dilihat sempat meninggalkan komen pada perkongsian itu.

“MasyaAllah, comelnya alahai. Macam Siti masa kecil. Sampai kan salam pada adik Miza Makder,” komen Shuib.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai sebak melihat pertemuan antara Raissuddin dan adik Miza.

“Kita sebak tengok. Rindunya seorang ayah pada anakandanya,” kata Cikpuan.

“Ya Allah, dia punya senyum tu berair mataku. Entahlah, arwah Sarah memang ada tempat dalam hati ini agaknya. Al-Fatihah,” ujar Nadnadiaaaaaa.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*