Saat keluarga disatukan kembali, Reaksi anak buat ramai sebak

Bekas penyampai radio, Ismahalil Hamzah telah pun bebas daripada tuduhan mengedar dadah jenis kanabis pada September 2021.
Keputusan itu dibuat Hakim, Datuk Muhammad Jamil Hussin selepas mendapati pihak pembelaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.
Isma yang juga pengasas kepada radio ‘Bapakku FM’ itu meluahkan rasa syukur dengan keputusan itu dan berpendapat bahawa kebebasan ini kerana kasih sayang Allah, doa keluarga serta sahabat handai.
Hanya Allah yang tahu perasaan saya. Saya yakin, kebebasan ini adalah kerana kebenaran dan kasih sayang Allah kepada saya. Juga kasih sayang dan doa kawan-kawan kepada saya. Saya yakin, doa kalian adalah sesuatu yang kuat untuk saya.
Penyampai radio berusia 50 tahun itu turut berkata, banyak pelajaran baharu yang dipelajarinya sepanjang tempoh dua tahun berada di dalam penjara.
Hampir dua tahun saya di penjara, hari ini, saya dapat rasa kebebasan dan berjumpa isteri serta anak saya. Banyak sangat saya belajar sepanjang tempoh ini.
Tak mungkin saya dapat kongsikan dalam seminit dua di sini. Terima kasih kepada wartawan-wartawan yang menghebahkan berita sebelum ini. Itu adalah kebenaran dan hak semua orang untuk tahu.
Insya-Allah, saya akan adakan majlis doa kesyukuran. Terdahulu, Isma dituduhn mengedar dadah jenis kanabis anggaran berat 374.6 gram di rumah di Jalan Semarak, Wangsa Maju, 5.35 petang 27 Ogos 2021.
Berikutan itu, pendakwaan mengikut Seksyen 39B(1)(A) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan jika disabitkan kesalahan, boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.
Sumber : ohbulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*