Agong Titah Pembentukan Kerajaan Perpaduan, Anwar Tiada Masalah Tetapi Muhyiddin Tidak Bersetuju.

Selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di Istana Negara petang tadi, Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Anwar Ibrahim memaklumkan, siapa yang menjadi Perdana Menteri ke-10 masih belum ditentukan.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Dan disebabkan itu, Yang di-Pertuan Agong memberikan tempoh masa (tidak ditetapkan) untuk perbincangan lanjut dijalankan sebelum kerajaan baharu ditubuhkan.

taknak sign surattaknak sign surattaknak sign surattaknak sign surattaknak sign surattaknak sign surattaknak sign surattaknak sign surattaknak sign surattaknak sign surattaknak sign surattaknak sign surat

Sedangkan sejak dari semalam, kepimpinan Barisan Nasional (BN) menegaskan mana-mana Ahli Parlimen BN yang menandatangani SD menyokong pencalonan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri ke-10 adalah terbatal dan perbuatan itu juga melanggar ketetapan parti serta boleh dikenakan tindakan.

Sementara itu, Anwar memaklumkan, beliau tiada masalah untuk membentuk kerajaan perpaduan seperti dicadang oleh Yang di-Pertuan Agong yang mahukan kerajaan sedemikian sejak dari dulu. Namun, Muhyiddin dan Ismail Sabri Yaakob ketika itu tidak bersetuju.

Terdahulu, Agong menitahkan Muhyiddin dan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Baginda di Istana Negara selepas tiada seorang didapati mempunyai majoriti mencukupi untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.

Susulan itu, kesemua 30 Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional (BN) pula dipanggil menghadap Baginda secara individu pada jam 10.30 pagi Rabu agar Baginda dapat membuat keputusan bagi melantik seorang Ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri.
TONTON VIDEO: KLIK LINK DI SINI

Sumber: Harian Metro, MalaysiaKini, Astro Awani, Sinar Harian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*