Perjuangan Menuntut Nafkah Makan Anak 5ringgit, Tp Bkas Suami Minta Kurang. Rupanya

Ramai lelaki terlupa bahawa melunaskan nafkah anak merupakan satu kewajiban yang perlu dilaksanakan hatta sudah bercerai dengan bekas isteri sekalipun. Andai gagal memberikan kerjasama yang baik, ada bekas isteri yang terpaksa menuntut keadilan di mahkamah demi masa depan anak-anak.

1 anak RM200 sebulan. Saya tak setuju…Lepas tu dia naikkan RM250. Itulah proses sulh yang sedang dilalui ole usahawan, Puan Nurain Abdullah di mana dia ada berkongsikan kisah itu menerusi TkTokya kelmarin.

Sambil berjalan keluar mahkamah dan memegang dokumen penting, dia mendedahkan bagaimana bekas suaminya telah tawarkan RM200 untuk nafkah makan anak pada setiap bulan.

Faham dengan kewangan bekas suami sekarang, namun Puan Nurain yakin tuntutan nafkah anak yang dibuat olehnya tidaklah bersifat melampau.

Dia kata “Biar anak duduk dengan aku”…Dah besar nak ambil semula? Masa terberak kecik-kecik, kau serah pada aku.

Selain itu, usahawan in sempat menyindir lelaki berkenaan yang seronok melancong dengan keluarga baru tetapi memberi alasan tidak mampu dalam urusan nafkah anak-anak kandung.

Dengan alasan perlu menanggung anak-anak tiri (anak isteri baru), Puan Nurain bagaimanapun menyifatkan bekas suaminya tidak patut mengetepikan hak yang seharusya diterima oleh anak-anak kandung.

Aku tuntut RM5 sekali makan, itu asal ada je…..Aku nak tolong ex supaya tak “kena’ di akhirat sana.

Ramai netizen wanita begitu menyokong perjuangan Puan Nurain menuntut hak anak-anak.

Malangnya, ramai juga golongan lelaki yang melenting selain menuduhnya mahu menumpang kesenangan bekas suami.

Tidak bercakap banyak, usahawan in terus menunjukkan duit yang berkepuk-kepuk sekaligus membuktikan bahawa dia sendiri sudah mempunyai harta sendiri.

Jadi fitnah sebegitu jelas-jelas tak berasas sama sekali.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*