Netizen perasan sesuatu pada isteri, akhirnya Beto Kusyairy terus umumkn

Kecoh di media sosial mengenai penampilan isteri kepada pelakon Beto Kusyairy di malam kemuncak Anugerah Bintang Paling Popular (ABPBH) baru-baru ini menarik perhatian disebabkan nampak seakan-akan ‘baby bump’.

Bagaimanapun Beto menerusi siaran langsung di TikTok pada Sabtu tampil menjelaskan dia dan isterinya masih belum dikurniakan rezeki cahaya mata seperti yang didakwa di media sosial.

“Kecoh dekat TikTok fasal keadaan isteri saya… ada yang kata nampak baby bump la, pregnant. Saya nak jelaskan dekat sini… tak, isteri saya tak mengandung, tak pregnant.

Netizen perasan sesuatu pada isteri, akhirnya Beto Kusyairy terus umumkn

“Gambar yang diambil itu mungkin disebabkan angle. Saya nak jelaskan dekat sini, saya dan isteri tidak menantikan cahaya mata. Belum ada rezeki,” jelas Beto.

Pemenang anugerah Aktor Filem Popular itu turut memberitahu biarpun belum ada rezeki zuriat namun ia tidak memberi tekanan atau gangguan kepada kehidupan mereka.

“Kami okay, tak ada masalah. Satu benda yang bukan menganggu atau buat kami stres bila tak ada zuriat ini. Cukup setakat itu, kami gembira. Kalau ada rezeki, amin Alhamdulillah.

“Setakat ini tak ada, dan isteri saya tak mengandung,” ujarnya lagi.

Spekulasi mengenai perkara itu mula timbul apabila tular video memperlihatkan Beto dikatakan mengusap perut isterinya sebaik saja diumumkan pemenang kategori Aktor Filem Popular.

Untuk info, Beto mendirikan rumah tangga dengan isterinya, isteri, Tisha Shahar sejak 14 tahun lalu.

Sumber : Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*