Nertizen ‘Unfollow’ Fasha Sandha Selepas Berkongsi Video Romantis dalam Kolam Renang

Pelakon terkenal Fasha Sandha sekali lagi menjadi tumpuan nertizen apabila beliau dikritik hebat selepas berkongsi video mesra bersama suaminya, Aidil Aziz, di dalam kolam renang.

Dalam video yang berdurasi 15 saat itu, Fasha, yang berusia 39 tahun, tampak memakai baju renang berwarna hitam sambil bermesraan dengan suaminya yang tidak memakai baju.

Fasha menulis, “My forever love (cinta saya selamanya),” sebagai kapsyen video tersebut.

Difahamkan, video yang dikongsi Fasha nampaknya ingin memberitahu sesuatu, dan dia turut menyatakan tarikh 16 September 2023 yang akan datang.

Bagaimanapun, perkongsian momen romantis itu mendapat sambutan negatif pengikutnya di media sosial, yang menganggap konten sebegitu tidak sesuai untuk ditayangkan kepada umum.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

Ada yang mengkritik Fasha sebagai tidak sensitif dan semakin melampau.

Sebelum ini, Fasha juga sering kali menerima kritikan kerana berkongsi video aksinya menari. Ramai berpendapat Fasha melakukannya kerana mahu menunjukkan tubuh rampingnya selepas menjalani diet ketat, selain mengambil produk penurunan berat badan.

Namun, melalui akaun Instagramnya, Fasha telah menafikan dakwaan tersebut dengan membuktikan bahawa dia bergiat aktif dalam tarian sejak dulu, tanpa mengira bentuk badannya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*