“Mimi Lana bwa diri ke london!”- Ini pnjelasan ibu Syafiq Kyle mngenai anaknya yg tak jadi nikah

LUAHAN pelakon Mimi Lana susulan langkah membatalkan pernikahan mengundang rasa simpati dalam kalangan rakan selebriti yang turut terkejut dengan berita berkenaan.

Kebanyakan mereka memberikan kata-kata semangat buat Mimi atau Mimi Roziana Zainal Abidin, 28, dan berharap aktres itu kuat berdepan ujian.

Antara yang meninitipkan komen ialah pelakon Fazura yang sememangnya diketahui mempunyai hubungan rapat dengan Mimi.

“Kakak (Fazura) sayang awak. Sentiasa ada untuk awak. Terus kuat… peluk cium,” ujarnya.

Sementara itu, pelakon Fasha Sandha pula menganggap kisah pernikahan yang tidak menjadi kenyataan itu sebagai satu ujian yang membawa hikmah buat Mimi.

“Terus kuatkan diri. Akan ada hikmah yang baik dan besar di sebalik ujian ini. Semoga Allah permudahkan semuanya adik,” tulisnya.

Pengarah drama Shahrulezad Mohameddin turut menitipkan doa dan kata-kata semangat buat Mimi selepas aktres itu berkongsi ujian yang dilalui.

“Benar hidup ini sukar, namun ia berbaloi jika kita berjaya mengharunginya. Abang (Shahrulezad) doakan yang baik-baik saja buat kalian,” katanya.

Antara rakan artis lain yang turut meninggalkan komen kata-kata semangat ialah Nora Danish, Tiz Zaqyah, Sharifah Amani, Nadia Brian dan Nabila Huda.

Mimi pada malam Jumaat berkongsi luahan rasa sedih dalam bentuk doa dan berharap diberi kekuatan menempuh dugaan ketika ini.

Hantaran tersebut dimuat naik selepas tular berita pernikahan dia bersama pelakon Syafiq Klye yang sepatutnya berlangsung pada 18 Ogos ini dibatalkan.

Pasangan itu sepatutnya disatukan sebagai suami isteri pada pagi Jumaat depan sebelum diraikan dalam sebuah majlis resepsi berkonsepkan acara dalam taman di Puncak Rimba, Bentong, Pahang pada sebelah malam.

“Mimi Lana bwa diri ke london!”- Ini pnjelasan ibu Syafiq Kyle mngenai anaknya yg tak jadi nikah

Pengurus Mimi, Iman Tang, menerusi kenyataan kepada media mengesahkan pembatalan itu selain Mimi memaklumkan keputusan itu pada Rabu lalu.

Dalam perkembangan lain, Mimi dikhabarkan mengambil cuti selama seminggu dan terbang ke luar negara dipercayai London pada Sabtu.

Menerusi beberapa perkongsian di Instagram miliknya sebelum ini, Mimi sedang menjayakan penggambaran sebuah drama berjudul Headliners bersama aktor Meerqeen.

Mimi juga masih belum membuka mulut bagi menjelaskan punca sebenar majlis pernikahannya dengan aktor Syafiq.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*