Lepas cium dahi, dia macam usap perut isteri? – Peminat Beto Kusyairy

Kemenangan Beto Kusyairy menggenggam trofi Pelakon Lelaki Filem Paling Popular dalam Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian Ke-35 (ABPBH35) sememenang menjadi perhatian ramai.

Tampil menggayakan busana Melayu Teluk belanga, dia dilihat hadir sedondon bersama isteri yang cantik mengenakan abaya berwarna putih.

Pelakon Lelaki Filem Paling Popular

Lepas cium dahi, dia macam usap perut isteri? - Peminat Beto Kusyairy

Melihat dari posting yang dibuat TikTok TV3 Malaysia sewaktu pelakon itu diumumkan sebagai pemenang, Beto hanya tersenyum manis sambil mendapatkan isterinya yang duduk dibangku sebelah.

Cium dahi isteri lepas diumum menang

Apa yang menarik perhatian peminat adalah tindakan spontan pelakon filem Mat Kilau itu yang mencium dahi sekali gus seperti mengusap perut isterinya sebelum bangun untuk ke pentas.

Disebabkan itu, ada beberapa pihak mulai membuat spekulasi dengan mengatakan bahawa isteri pelakon terbabit yang dikenali sebagai Tisha Shahar sedang berbadan dua.

Masa red carpet macam perasan sesuatu lah

Perkara tersebut turut diperkatakan sewaktu mereka berdua berjalan di red carpet ABPBH sebelum melangkah masuk ke dalam Istana Budaya.

Lepas cium dahi, dia macam usap perut isteri? - Peminat Beto Kusyairy

Lepas cium dahi, dia macam usap perut isteri? - Peminat Beto Kusyairy

Sentiasa doakan yang terbaik!

Walau bagaimanapun, tiada sebarang kenyataan dibuat dan perkara terbabit hanyalah spekulasi daripada peminat yang sentiasa mendoakan agar pasangan ini mendapat rezeki cahaya mata.

Mereka juga turut berharap agar Beto dan isteri terus bahagia dengan cara mereka sendiri dan maju jaya dalam kerjaya seni.

Untuk rekod, ABPBH35 kali ini telah diadakan di Istana Budaya pada 21 Julai 2023, hari Jumaat. Ia telah disiarkan secara langsung di saluran TV3 bermula jam 9 malam dan berakhir sekitar 11.45 malam.

Trofi Bintang Paling Popular telah dijulang oleh pelakon hebat, Bell Ngasri sekali gus membawa pulang trofi Artis Komedi Popular pada tahun ini.

Sumber: TikTok TV3, betokusyairy8

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*