Kereta Toyota Vellfire Hancur Akibat Kecuaian Suami, Tindakan Kak KM Mengejutkan Ramai

Tular sebuah klip video menunjukkan kereta Toyota Vellfire milik ‘Kak KM,’  mengalami kemalangan akibat kecuaian suaminya semasa mengalih kereta tersebut di dalam garaj rumah mereka.

Kak KM dengan penuh kesal telah memaparkan setiap sisi kereta yang mengalami kerosakan parah akibat perlanggaran dengan tembok pagar rumah. Terutamanya, bahagian belakang kereta Toyota Vellfire tersebut yang mengalami kerosakan yang cukup teruk.

Kenyataan Kak KM terhadap suaminya telah menarik perhatian dan mengejutkan media sosial. Kak KM, yang jelas kesal dan tidak dapat menahan perasaan marah menyatakan bahawa suaminya tidak meminta maaf kepadanya sedangkan itulah satu-satunya kereta miliknya.

“Hancur kereta aku s*al betul, mintak maaf pun takda puk*mak…” – Kak KM

Ramai yang komen memberikan kata-kata semangat kepada Kak KM untuk bersabar menghadapi ujian. Selain itu, ramai juga yang merujuk kepada kata-kata pelakon veteran terkenal, Rosyam Nor mengenai isteri yang bekerjaya dalam sebuah keluarga amat benar sekali.

@lianaroslikakkm😩😫

♬ original sound – kakkm@sweetdara – kakkm@sweetdara

Kejadian ini pasti akan terus menjadi perbualan hangat dalam kalangan peminat Kak KM dan warganet seluruhnya. Kami akan terus mengikuti perkembangan dan perkongsian Kak KM dalam hal ini.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*